Galeri JJMK Hari Buruh 2012 sekitar Penaga, Penang dan Pulau Sayak, Kedah

  • JJMK Hari Buruh 2012 JJMK Hari Buruh 2012 Kalau dah nama pun Jalan Jalan Masuk Kampung, kena lah jalan kaki ye... sedang menuju ke rumah Tok Tam..
  • Sumbangan JJMK Hari Buruh 2012 Sumbangan JJMK Hari Buruh 2012 Inilah sumbangan para dermawan untuk mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Penaga dan Pulau Sayak... bakal disumbangkan kepada 40 keluarga terpilih...
  • Nasib Seorang Nelayan Nasib Seorang Nelayan Pn Wan dari Jabil..menyampaikan sumbangan keada seorang nelayan di Penaga, Penang.
  • Ibu Tunggal Ibu Tunggal Pn Huda menyampaikan bantuan kepada seorang ibu tunggal di Kampung Pulau Sayak, KDeah
  • Warga Emas Warga Emas Jelas terbayang kegembiraan di wajah seorang warga emas ini ketika menerima sumbangan dari Sdr Zainuddin..
  • Tok Tam Tok Tam Seorang warga emas yang mesra dengan panggilan Tok Tam.. turut menerima sumbangan dari wakil WargaKilang Sdr Shukri
  • Terharu... Terharu... Tok Tam tidak dapat menyembunyikan rasa terharu menerima kunjungan dari WargaKilang... dalam hatinya.... mungkin membisik kan "Terima kasih Ya Allah... masih ada yang sudi mengambil tahu keadaanku disini...:".. Wallahuallam.
  • Anak2 Yang Malang Anak2 Yang Malang Khairul dan adik2 bukan anak yatim piatu.. tapi ditinggalkan keluarga.. mereka hidup dengan ihsan jiran2 yang membantu... bantuan disampaikan oleh Sdr Halim

Posted in Galeri, JJMK, Kedah, Pulau Pinang | Tagged , , | Leave a comment

JJMK: PPR Pangsapuri Impian Baiduri Live Reporting

Hari ini, seperti yang telah dirancangkan oleh WargaKilang, kami akan turun kesatu lagi acara JJMK Jalan Jalan Masuk Kota. Sasaran kami kali ini ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Intan Bauduri, Petaling Jaya. Insyaallah.

Ini lah pertama kali saya menyertai mana mana program JJMK.. Saya akan cuba untuk melaporkan secara live perkembangan terkini.. Serba ringkas kerana kekangan masa dan juga sedikit kekurangan kerana menggunakan telefon mudah alih untuk tujuan live reporting ini.. Insyaallah saya cuba yang terbaik. Doakan semoga perjalanan kami hari ini lancar dan mendapat rahmat Allah SWT.

7:45am Saya masih dirumah.. Insyaallah sebentar lagi akan bertolak bersama keluarga menuju ke Petronas selepas exit tol subang… Sdr warikh akan berada disana menanti ketibaan rombongan dari utara… Tak tahu berapa ramai dari sana..

8.40am Tiba di petronas… Monier dan Warikh dah sedia menunggu. Hanya Monier yang datang dari utara diberitahu yang lain2 tak dapat datang kerana ada hal masing2. Tapi geng2 utara ni jasad jer takde kat sini… tengok banyak mana depa hantar barang turun KL… penuh dalam pickup Monier.

9.00am Tiba di Stadium Kelana Jaya … Burhan, Nazri dan beberapa yang belum pernah saya jumpa sudah sedia menunggu…

9.30am Kita merancang… Yang menentukan Allah Swt. Masyaallah… Lihatlah banyak mana barangan yang didermakan… Beginilah semangat wargakilang… Tiap2 kali buat JJMK… Ada saja yang sudi menderma…

Ni wajah wajah yang tak asing lagi bagi Wargakilang… Tengah sibuk berbincang tentang pembahagian barangan…

Setelah dibawa turun barangan makanan dari pickup YDP Monier kita, dimuatkan pula pakaian2 yanag didermakan dari beberapa buah kereta lain… penuh satu pickup pakaian yang didermakan untuk diagihkan pada warga PPR Pangsapuri Intan Baiduri yang terpilih…

Pengarah Operasi JJMK kali ini… Burhan… Sedang memberi taklimat setelah kerja2 pembahagian selesai…

10.00am Alhamdulillah… Satu lori penuh dengan muatan baru tiba… Semoga Allah murahkan rezeki semua yang menyumbangkan masa, tenaga dan barang2an keperluan harian untuk JJMK kali ini… Mohon juga supaya Allah buka hati lebih ramai kawan2 kita yang lain untuk turut menyumbang… dan juga menyertai geng2 WargaKilang di JJMK akan datang… Amiin.

Masing2 sibuk membantu membahagikan sumbangan dari Wargakilang…

11.00am Selamat sampai ke PPR Impian Baiduri.. Berjumpa dengan AJK kawasan perumahan ini… Penggerak utama biro kebajikan Kak Ros, cik Dah, Kak Shima Dan Kak Edah…

Burhan sedang memberi penerangan tentang operasi JJMK hari ini…

Penerima pertama yang kami pergi… Kak Su.. Ibu tunggal yang beranak dua.. Kerja dia.. Ambil upah cucuk sate… Upah hanya Rm1.70 utk 100 cucuk sate… Dia habaq.. boleh la buat +-1000 cucuk sehari (itupun tengok kalau ada kerja dari tokey sate)… dapat RM11.70 cubalah bayangkan kawan2 Wargakilang macamana nak hidup dalam KL dengan gaji yg macamtu… Semoga Kak Su akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalana hidup nya sekeluarga..

Keluarga En Md. Nor ni pulak.. anak 7… dia sendiri terlibat kemalangan… Isteri tak bekerja … Tapi Alhamdulillah.. Anak2 ini diberitahu kepada kami adalah pelajar yang bagus disekolah… Semoga Allah pulihkan kesihatan En Md nor secepat mungkin dan bahagiakan pasangan suami isteri dan anak anak ini… Amin.

Md nor baru saja kemalangan.. sekadar kerja sekuriti disebuah kilang..

Md nor baru saja kemalangan.. sekadar kerja sekuriti disebuah kilang..

Keluarga ini.. Pn. Saniah.. Ibu tunggal anak 3… Tidak bekerja utk menjaga anak2… Suami meninggal dunia.. Pn Saniah menyara keluarga dgn bergantung kepada bantuan pampasan Socso arwah suami…

Keluarga Sstazah Siti… juga ibu tunggal mempunyai 4 anak… tau tak … dia sewa rumah ni RM600 sebulan… Mak oii mahalnya sewa rumah PPR … Tak tau lah berapa lebihan gaji ustazah ni selepas ditolak perbelanjaan harian yang lain…

Keluarga Pn Azalina… Ibu tunggal lagi… Kematian suami.. Membesarkan 5 anak bersendirian.. Hanya bergantung kepada pampasan Socso arwah suami…

12.24noon… Kami masih di blok D… Lepas ni Ada lagi sumbangan kat blok A dan C…

Keluarga Abg Ali.. Tidak bekerja kerana berada diatas kerusi roda.. Diuji oleh Allah dengan sakit dikaki dijangkiti kuman… Seorang anak pula dilahirkan OKU.. Isteri tidak bekerja… Hanya bergantung hidup kepada anak yang satu lagi yg bekerja.. Membayar pinjaman rumah PPR dan menyara seluruh keluarga…

Bantuan ini kepada anak yatim yang dijaga oleh ibu anak2 ini..

1.15PM… Battery blackberry dah habis…

Kisah perjalanan ini juga ada dicatat di blog moniermatdin di link berikut: JJMK Wargakilang – Kemiskinan di Pinggir Kota

Posted in JJMK | Tagged , | Leave a comment

SOS: Teratak Rahmat Masih Memerlukan Bantuan Anda

Teratak Rahmat di Perlis masih memerlukan sekitar RM20,000 dari jumlah RM50,000 untuk memastikan pusat anak2 yatim ini dapat memenuhi keperluan keselamatan dari pihak Bomba dan memdapat kelulusan untuk terus beroperasi.
Mohon semua yang membaca untuk menghulurkan derma ikhlas dan disebarkan rayuan derma ini secepat mungkin kerana kekangan masa..

Sila lawati Blog Teratak Rahmat untuk maklumat lanjut.

JZKK

Surat Rayuan Teratak Rahmat Page 1

Surat Rayuan Teratak Rahmat Page 2

Posted in Anak Yatim, Announcement | Tagged | Leave a comment

JJMK Kuala Lumpur 12hb Mei 2012

Kemiskinan berlaku tidak kira dimana. Kehidupan dikota besar seperti Kuala Lumpur juga penuh dengan jalan ceritanya yang tersendiri. Tak percaya, sila baca nukilan Tuan YDP NGO WargaKilang kita tentang permasaalahan warga kota di ibukota metropolitan Kuala Lumpur.

Abang Li, lumpuh – kecederaan tulang belakang dan kaki. Dulu meniaga, kini sudah 2 tahun tidak bekerja. Isteri pun tidak bekerja, punya anak perempuan OKU; tinggallah seorang anak lagi yg bekerja dgn pendapatan yg tidak seberapa menyara beliau suami isteri dan anak OKU serta lain-lain urusan keluarga.

Tapi Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui. Allah memberikan lebih rezeki kepada sebahagian dari kita (juga sebagai satu ujian) untuk memberi peluang kepada kita menyatakan kesyukuran dan tidak lupa pada kebesaran Allah disamping membantu saudara seagama semoga mereka tidak merasa terpinggir dengan ujian yang Allah berikan.

Sehubungan itu, satu lagi program Jalan Jalan Masuk Kota (JJMK) anjuran NGO WargaKilang Kawasan Tengah akan diadakan tidak lama lagi. Perincian program JJMK kali ini seperti yang tertera dibawah:

Program : JJMK Kuala Lumpur
Ko-ordinator: Warikh – 019-4701477 (mrwarikh@yahoo.com)
Shahrul – 012-6315244 (sharulnizam.tamizi@ge.com)

Hari : Sabtu
Tarikh: 12hb Mei 2012
Masa : 8:30 – 9:00 pagi

Tempat berkumpul : Exit Tol Subang (PLUS/NKVE highway) dekat stesen Petronas
Lokasi : PPR Pangsapuri Impian Baiduri, Jalan 224, Seksyen 51A , Petaling Jaya.

Sasaran: 21 keluarga yg bakal dikunjungi terdiri daripada 11 orang Ibu Tunggal, 9 orang OKU kanak-kanak serta dewasa dan juga 4 lima orang Warga Emas yang sesetengahnya tinggal sebatang kara.

Keperluan: Beras, gula, minyak, susu kopi dan sebagainya; dan juga Lampin Pakai Buang size M dan L untuk kanak-kanak dan regular size utk OKU dewasa.

Adik Hishamudin, OKU – terbaring dan terawang awang di atas pembaringan – ibu bapa agak berusia, tidak bekerja, mengharapkan 2 org kakak yg bekerja tidak seberapa.

Semoga program JJMK kali ini akan disertai oleh ramai lagi ahki-ahli WargaKilang serta sahabat handai yang turut membantu. Marilah sama-sama membantu sesama insan yang memerlukan semoga segala sumbangan pihak tuan/puan akan dicatatkan sebagai satu amalan baik disisi Allah SWT.

JZKK

Posted in Announcement, JJMK | Leave a comment

Catatan Perjalanan Bersama NGO Wargakilang

Kisah-kisah penglibatan bersama Wargakilang juga ada dicatatkan di blog peribadi beberapa orang Aktivist Wargakilang seperti berikut:

Blog Monier Mat Din
Blog Di Celah-Celah Kesibukan Kilang
Blog Orang Kecil Orang Besar
Blog Roha Hassan
Blog Comel Belako

Posted in Announcement | Leave a comment

JJMK Hari Buruh –

Sekadar Hiasan: Sumbangan dari Ahli WK dalam salah satu JJMK Terdahulu.

Program Jalan Jalan Masuk Kampung (JJMK) Hari Buruh anjuran NGO WargaKilang kembali lagi. Butiran nya seperti dibawah:

Program : NGO Wargakilang – JJMK Hari Buruh
Tarikh : 1hb Mei 2012

Agenda:
8.30a.m : 1st Assembly Area -Tol Bertam
9.00a.m : 2nd Assembly Area – Masjid Bertam
9.30a.m : Bergerak ke lokasi penerima di sekitar Penaga, Pulau Sayak dan Kota Kuala Muda

Nota:
1) Sumbangan : Barang2 keperluan harian sahaja(makanan dll) utk ibu2 tunggal, kanak2 dan warga emas
2) Tiada kutipan kain baju terpakai utk program JJMK Hari Buruh
3) Tarikh akhir serahan : 30hb April 2012 , 5.00p.m

Contact person utk penyerahan sumbangan:

Seluruh Pulau Pinang : Shukri 019-5407859 / Wahab 019-4740759
Seluruh Prai : Sattar 019-4766155 / Fendi 012-4097268
Seluruh Kedah Selatan : Aznee 012-4323305 / Monier 012-4128209
Seluruh Perak Utara : Lukman 019-5582626
Luar dari Kedah Utara, Perlis dan Selatan Malaysia: Shukri 019-5407859

Di atas sumbangan barangan keperluan harian ini, pihak NGO Wargakilang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah mencatitkan usaha dan sumbangan anda dan semua yang terlibat dalam program kali ini sebagai amalan yang baik disisiNya. Insyaallah.

Posted in Announcement, JJMK | Tagged , | Leave a comment

Welcome to WargaKilang

Selamat datang ke website Pertubuhan Amal Wargakilang (Muslim) Malaysia atau pun lebih dikenali sebagai NGO Wargakilang, iaitu sebuah Pertubuhan berdaftar yang sah diregister di bawah ROS pada tarikh 2 Mac 2005.

Sdra Warikh
(Saudara Mohd Warikh, selaku YDP Wargakilang sessi 2004/2005 sedang menerima Sijil Pendaftaran daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang pada tarikh 10 April 2005)

Sdra Warikh selaku pengasas dan juga pencetus idea kepada penubuhan NGO ini berkelulusan dalam bidang Engineering dari UK, pernah menjawat jawatan sebagai Engineer dan seterusnya Engineering Manager di beberapa buah syarikat MNC Antarabangsa di Malaysia dan pernah menjadi Expatriate di kilang Read Rite Bangkok Thailand. Kini seorang ahli Perniagaan yang berjaya.

NGO Wargakilang bertujuan untuk menjadi medan kepada rakan-rakan di sektor industri dan sesiapa saja yg berminat untuk menggembeling tenaga bagi melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada masyarakat, dalam apa yang kami takrifkan sebagai “A Payback to Society”.

Sejak penubuhannya pada tahun 2005 hinggalah kini, banyaklah sudah aktiviti-aktiviti kebajikan yang sudah berjaya dilaksanakan, dan makin ramai yang sudah mengenali dan bersama-sama dengan kami dalam kerja-kerja amal JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) ini. Untuk itu, bagi pihak rakan-rakan di Wargakilang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama kalian selama ini.

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan mampu merealisasikan cita-cita semua untuk melihat wujudnya di antara kita jiwa murni masyarakat yang saling menyayangi, dan moga juga di Akhirat nanti kita semua akan dapat merasai nikmat pahala yang kekal abadi seperti yang dijanji.

Terima Kasih.

Mohd Monier Mat Din
moniermatdin@yahoo.com
Yang Dipertua NGO WARGAKILANG MUSLIM MALAYSIA (PENAJA).

Posted in Announcement | Leave a comment