Dapatkan Bonus Points Seperti Dalam Permainan Komputer Melalui Projek Membaikpulih Pondok Ahmad Nahu, Sik, Kedah

Projek Membaikpulih Pondok Ahmad Nahu, memberikan satu lagi peluang kepada kita semua khususnya ahli-ahli NGO WargaKilang, dan semua umat Islam secara amnya.. untuk menambahkan saham akhirat kita semua, yang apabila dilakukan dengan ikhlas kerana Allah… akan mendapat balasan yang tidak terbayangkan oleh kita didunia ini.


Saya percaya, sewaktu remaja kita, hatta sewaktu kita dewasa sudah menjadi ayah dan ibu sekalipun, kita pernah bermain permainan komputer, dimana kalau kita berjaya melepasi seseuatu halangan yang hebat, kita akan dianugerahkan mata bonus. Kalau di pusat2 permainan, keadaan menjadi hingar bingar dengan pelbagai muzik berkumandang dan siren menandakan kita telah mendapat bonus point.. masa tu kita akan terkinja-kinja kegembiraan apatah lagi nama kita berada antara yang teratas dalam carta permainan tersebut.

Itu baru permainan komputer dirumah atau dipusat2 hiburan yang kadangkala melalaikan sehingga terlupa menjalankan kewajipan2 lain seperti mengemas rumah malah ibadah solat juga.

Cuba pula bayangkan kalau kita dapat bonus istimewa yang diberi oleh Allah Yang Maha Kuasa, Yang Amat Pemurah dan Amat Penyayang. Bagaimana perasaan kita ketika itu ya?

Tengah kita sibuk dengan akitiviti-aktiviti harian kita, mata bonus dari Allah masuk tidak berhenti2 kerana di Pondok Ahmad Nahu yang kita memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit, para Ustaz dan pelajar-pelajar pondok sedang menghafal AlQuran dalam keadaan yang amat selesa berbanding dengan keadaan yang serba kekurangan ketika ini.

Bayangkan, diwaktu keheningan malam sedang kita diulik mimpi yang amat seronok, bonus istimewa dari Allah tidak berhenti-henti masuk dalam akaun kita kerana nun jauh di Pondok Ahmad Nahu sana, para Ustaz dan pelajar-pelajar pondok sedang khusyuk bermunajat kepada Allah dalam majlis Qiamullail dalam surau yang serba cukup berbanding dengan keadaan surau yang serba kekurangan sekarang ini.


Bayangkan… berbagai-bagai mata bonus yang akan dikreditkan kedalam akaun akhirat kita dari pelbagai aktiviti Pondiok Ahmad Nahu… dari bermacam2 kerja kebajikan dan dakwah oleh para graduan Pondok Ahmad Nahu… MasyaAllah… tidak terhitung rasanya dari sekarang hingga kita kembali menemui Allah dialam kubur… sampailah hari kita dibangkitkan dialam akhirat.

Marilah kita sama2 membantu sekadar yang termampu untuk Projek Membaikpulih Pndok Ahmad Nahu… semoga Allah mencatitkan pengelibatan kita semua sebagai satu amalan baik disisiNya dan mendapat keredhaanNya kelak.. Amiin.

Baca juga nukilan YDP NGO WargaKilang kita Sdr Monier Mohd Din : Bukan Semua Org Belajar Sebab Nak Dpt 9A

Facebook Page: Projek Membaikpuih Pondok Ahmad Nahu, Sik, Kedah

This entry was posted in Kedah, Pondok and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply