Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

10346458_10203275346704625_1691933680491761545_n

Alhamdulillah…InsyaAllah, pada tahun ini pihak NGO WargaKilang sekali lagi akan masuk kampung untuk mendekati warga2 dhuafa’ yang rata-rata nya terdiri dari golongan Noreh Getah Orang (NGO…terma yang kami guna untuk kumpulan sasaran penoreh getah), nelayan dan juga warga-warga yang kesempitan hidup, mencari rezeki sekadar kais pagi makan pagi..malah ada juga yang kais pagi baru petang dapat makan…itu pun kalau ada rezeki buat mereka.

Pada sessi JJMS tahun ini, pihak kami merancang untuk mengadakan JJMS di empat buah negeri dimana NGO Wargakilang sudah sedia bertapak dengan ahli-ahli yang agak aktif menjalankan aktiviti menyampaikan amanah oleh para dermawan dari kalangn ahli NGO Wargkilang.

Jika di izinkan oleh Allah SWT, progran JJMS tahun ini adalah seperti berikut:

1. JJMS Kedah (Daereh Naka) pada 13hb Disember 2014
Tempat Berkumpul : Dewan Seri Mutiara,
Batu 18 Jln Kubur Panjang,
Kg Pokok Pauh,
06400 Pokok Sena, Kedah

Masa : 8.00pagi
Hubungi Sdr Mohd Monier ( 012-412 8209) untuk keterangan lanjut.
Dihadkan kepada maksima 50 buah kereta saja untuk memudahkan kawalan trafik.

2. JJMS Terengganu/Kuantan (Daereh Kemaman dan Kuantan) pada 20hb Disember 2014
Tempat Berkumpul : Masjid Geliga, Kemaman.
Masa : 8.00pagi
Hubungi Sdr Azman Alias (013-9179989) untuk keterangan lanjut.

3. JJMS Kelantan (Kawasan pinggiran Kota Bharu) pada 27hb Disember 2014
Tempat Berkumpul : Masjid Mahligai, Melor.
Masa : 8.00pagi
Hubungi Sdr Che Jaafar (010-4030401) untuk keterangan lanjut.

Seperti biasa, siapa siapa yang ikuti aktiviti JJMS NGO Wargakilang, datang sendirian atau bawa keluarga untuk mendekati kalangan warga Dhuafa’ dengan lebh dekat lagi, muhasabah diri tentang adanya golongan yang perlu dibantu dan berkongsi rezeki yang dikurnakan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai bekal untuk kita menghadapi Hari Pembalasan di alam akhirat kelak.

Peserta peserta boleh membawa apa saja setakat yang termampu (beras, gula, gandum, susu, perlalatan sekolah dll). Kita kumpulkan semua barang2 di tempat berkumpul dan bahagikan barangan terkumpul mengikut jumlah keluarga yang dikenal pasti.

Peserta JJMS yang datang tak bawa apa2 (jangan risau tak ada siapa jadi tukang check siapa bawa apa) boleh datang dan membantu dengan kudrat tenaga untuk pikul beras dan barang2 untuk disampaikan kepada keluarga penerima..insyaAllah ada juga tempias pahala untuk kita nanti.

Sebagai peringatan pada diri dan kawan2 semua yg bakal menyertai, perbetulkan niat kita, semua usaha ini kita buat kerana mencari redha Allah SWT bukan niat lain seperti nak menunjuk2 ke apa..disamping memenuhi amanah untuk membantu sesama manusia..semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, InsyaAllah.

JZKK

This entry was posted in JJMS, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply