Jalan Jalan Masuk Kampung (JJMK) Endau Rompin Mersing – 23hb Mac 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Surah At-taubah ayat 103.

InsyaAllah, siri JJMK NGO WargaKilang yang seterusnya akan diadakan di sempadan negeri Pahang/Johor iaitu dikawasan Endau/Rompin/Mersing pada 23hb Mac 2014 akan datang.

Pihak NGO WargaKilang sedang mengaturkan aktiviti-aktiviti program dan akan memaklumkan itenari program dalam masa terdekat.

Seperti biasa, dengan izin Allah SWT, kejayaan program JJMK NGO WargaKilang terletak sepenuhnya kepada kesediaan ahli2 NGO WargaKilang dalam memberikan sumbangan pelbagai barang2 keperluan yang akan diagihkan kepada bakal2 penerima yang telah dikenal pasti oleh petugas-petugas NGO WargaKilang.

“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tak mendapat bagian (tidak meminta)”
Surah Adz-Dzariyat ayat 19.

Sesiapa yang berhajat untuk bersama menyumbang dan menjayakan program JJMK ERM kali ini, sila berhubung dengan petugas berikut:

1. Mohd Monier (012-4128209)
2. Shukri (019-5407859)
3. Aznee (012-4323305)

Berikut adalah bambar-gambar yang sempat dirakam ketika Skuad Riki NGO WargaKilang berada di Endau/Rompin/Mersing untuk melihat sendiri keadaan disana disamping mengenal pasti bakal-bakal penerima yang layak.

aa1
aa3
aa4
aa13
aa11
aa10

Baca kisah perjalanan Skuad Riki NGO WargaKilang di Endau/Rompin/Mersing disini.

This entry was posted in JJMK, Johor, Pahang and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply