JJMK Hari Buruh 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su’ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

  • Ahli2 Mesyuarat (AM) WargaKilang sedang bermesyuarat demi memastikan kelancaran program JJMK Hari Buruh
  • AM sambung lagi mesyuarat.. pastikan semua aktiviti prpogram JJMK teratur rapi... Insya Allah
  • Antara penerima sumbangan JJMK Hari Buruh 2013 yg dikenal pasti.. Abang Helmi yang bekerja kampung mengait sawit, tinggal bersama ibunya yang sudah tua.
  • Ini pula Saudara Mohamad Khairul dan isterinya, di hadapan rumah kediaman mereka..
  • Kami sering meng-impikan untuk dipertemukan dengan insan istimewa seperti Tok Jumaah yang lanjut usia ini – apa tidaknya, kerja hariannya tidak lain hanyalah membaca Quran dan Mukadam sahaja.
  • Ini pula adalah rumah Abang Mie yang sedang dalam proses pembesaran – menjadi tempat tinggal untuk 5 orang anak-anaknya
  • Jalan Jalan Masuk Kampung dalam ertikata yg sebenar nya... melalui titian kayu menyampaikan bantuan jauh ke pendalaman..
  • Ini lah lakaran peta secara kasar, perjalanan JJMK Hari Buruh 2013 kali ini, Insya Allah, semoga Allah permudahkan.

Setelah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada PRU13 baru2 ini, Program Jalan Jalan Masuk Kampung (JJMK) kembali lagi dan destinasi kami seterusnya ialah disekitar Daerah Selama di negeri Perak.

Program: JJMK Hari Buruh
Tarikh : 18hb Mei 2013
Hari : Sabtu
Lokasi Berkumpul: Kulim Hi-Tech Park Biz Center (KHTP)
Masa :7.30 pagi – 8.00 pagi

Makanan dan minuman untuk Sarapan pagi, Makan T/hari dan Makan petang disediakan oleh pihak penganjur WargaKilang
(Penaja2 untuk jamuan makan diperlukan. Sila hubungi AM yang tersenarai di bawah.)

Lain2 Maklumat:
1) Sila bawa pakaian persalinan dan tuala untuk mandi manda di air terjun di akhir acara JJMK (jika berminat)
2) Sila isi minyak kereta penuh tangki, dimana kita tidak akan berhenti dimana2 petrol pam utk menjimatkan masa perjalanan yg telah diatur(min RM 40.00)

Berikut adalah senarai nama dan nombor telefon AM (Ahli Mesyuarat) untuk dihubungi bagi urusan pengumpulan barangan2 yang dipikirkan perlu untuk program JJMK Hari Buruh 2013:

Coordinator : Sattar (019-4766155)
Assistant Coordinator : Sujari (019-2341663)

Pulau Pinang
: Wahab (019-4740759)
: Shukri (019-5407859)
: Radzi (012-4725232)

Seberang Prai
: Fendi (012-4097268)
: Zairi (012-4071785)
: Sattar (019-4766155)

Kedah Utara
: Aznee (012-4323305)
: Din (019-4571447)

Kedah Selatan/Perak Utara
: Monier (012-4128209)
: Zaidi (019-5598822)
: Sujari (019-2341663)

Marilah sama2 kita perbetulkan niat kita untuk membantu insan2 yg memerlukan ini kerana Allah kerana hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala perngorbanan dan pemberian kita. Insya Allah.

This entry was posted in JJMK, Perak and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply