JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Bachok Part 1

Setelah selesai pengumpulan barang2 sumbangan di Masjid Bachok, destinasi pertama kami ialah di Kg Pengkalan Petah yang juga dalam Daerah Bachok.

Disini, kami mengunjungi seorang warga emas yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Yam berusia 65 tahun, seorang ibu tunggal kematian suami sejak lebih 14 tahun yang lalu. Tinggal dirumah tinggalan arwah suami bersama Mak Yam ialah seorang anak lelaki Mak Yam, Razali, berusia 34 yang sekadar bekerja sebagai buruh binaan dikampung bagi membantu kesinambungan ekonomi keluarga.

Disebelah rumah Mak Yam berdiri sebuah rumah PPRT kepunyaan anak perempuan Mak Yam bernama Rohana, berusia 38 tahun yang juga ditakdirkan hidup sebagai seorang ibu tunggal, setelah berpisah dengan suami sejak 2006.

image

Rohana hanya bekerja sebagai cleaner di sebuah pasaraya di Kota Bharu demi untuk membesarkan dan memenuhi keperluan anak2 seramai 6 orang. Dalam mengalami ujian kehidupan sebagai ibu tunggal, ketabahan Rohana diuji lagi dimana dua dari anak beliau mengalami masalah lembap pemikiran dan memerlukan mereka menghadiri sekolah khas.

Sanggupkah kita dengan ujian sebegini? Semoga Allah meringankan bebanan yang di tanggung oleh dua ibu tunggal anak beranak ini dengan di permudahkan segala urusan dan dilindungi dibawah keredhaan Nya sentiasa.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply