JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Bachok Part 2

Destinasi kedua kami, masuk jauh sedikit kedalam dimana kami sampai di Kg Jenerak.

Disini, kami berkumpul dirumah En.. seorang guru yang kebetulan tinggal berdekatan dengan ketiga-tiga keluarga yang telah di kenal pasti di Kg Jenerak.

image

Puan Esah ini berusia 60 tahun ialah seorang ibu tunggal yang telah kematian suami 3 tahun lepas akibat serangan angin ahmar. Meneruskan hidup di rumah tinggalan arwah suami yang agak daif, Puan Esah tinggal bersama 2 anak lelaki, seorang bernama Zakaria 28 tahun hanya bekerja mengambil upah panjat kelapa dgn pendapatan sekitar yang tidak menentu.
Anak lelaki Ismail pula berumur 24 tahun adalah seorang OKU (bisu tapi faham sikit2 apa yg didengar olehnya). Dua anak perempuan Puan Esah belajar diTingkatan 4 dan 5 tinggal bersama seorang anak lelaki di Johor yang bekerja sebagai nelayan. Selain itu, seorang anak lelaki Puan Esah di Terengganu juga seorang nelayan.

Tinggal hanya beberatus meter dari rumah Puan Esah ialah keluarga suami isteri Encik Zulkifli (40 tahun) dan Puan Rohaizan (surirumah berusia 31 tahun) yang mempunyai 3 anak. Zulikfli hanya bekerja kampung sebagai buruh binaan dengan gaji sekitar RM400/RM500 sebulan, sekadar itulah untuk menyara keluarga 5 beranak. Anak sulung berusia 8 tahun (Tahun 2), anak kedua 6 tahun (Tadika Kemas) manakala anak bongsu baru usia 2 tahun.

Sebagai seorang tukang rumah dikampung, En Zulkifli cuba membina rumah sendiri yang lebih selesa di depan rumah yang diduduki sekarang tapi sudah sekian lama (sejak anak sulung umur 2 tahun) masih tak siap2… pembinaan dibuat sikit demi sedikit hasil duit simpanan tak seberapa dan juga bantuan ehsan orang kampung.

Menariknya dengan Puan Rohaizan ni, walaupun serba kekurangan, beliau amat berminat menamam bunga di sekitar rumah.

Berjalan lagi beberapa ratus meter kehadapan , akan terjumpa sebuah rumah PPRT yang dibina bersebelahan dengan sebuah rumah yang sudah uzur, namun inilah ‘istana’ bagi Puan Siti Haminah, warga emas berusia 57 tahun, dan suaminya En Yasin yang bekerja kampung sekadar mengambil upah bekerja ditempat membela ayam. Disamping itu, Yasin juga ada membela lembu sendiri.

Tiga orang anak pasangan ini semuanya tidak tamat sekolah menengah akibat kemiskinan yang membelenggu keluarga. Seorang anak lelaki Saifudin berusia 24 tahun (OKU), manakala Fadli (19 tahun) bekerja di kedai perabut untuk membantu keluarga Siti Haminah. Anak perempuan Nuraini umur 15 juga tidak bersekolah.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply