JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan Di Daerah Bachok Part 3

Meneruskan perjalanan kami sempena JJMK Kelantan disekitar daerah Bachok, destinasi kami seterusnya ialah di Kg Tepus. Disini kami mengumpulkan beberapa keluarga yang kurang bernasib baik yang telah dikenal pasti di salah sebuah rumah seorang rakan WargaKilang yang berdekatan dengan Mesjid Kg. Tepus untuk melakukan pengagihan sumbangan secara berkelompok disebabkan jalan memasuki kerumah2 mereka agak sempit dan menyukarkan pergerakan konvoi JJMK.

image

image

Antara penerima2 sumbangan terdiri dari :

1. En Abdullah berumur 53 tahun seorang OKU yang mengalami kecacatan sejak kecil. Asalnya beliau dilahirkan normal dan kekal normal untuk 2 tahun pertama sehinggalah berlaku kemalangan terjatuh dari dukungan yang menyebabkan kecacatan kekal hingga kini, terpaksa bertongkat untuk bergerak ke sana ke mari. Isterinya juga seorang OKU yang cacat penglihatan. Mereka mempunyai 2 anak perempuan masih belajar berumur 12 dan 16 tahun yang tinggal bersama di sebuah rumah sumbangan program PPRT.

image

2. Keluarga Puan Nor Suhana Ibrahim Ooi, seorang ibu tunggal 4 anak yang kisah kehidupannya yang tinggal di belakang sebuah bangsal memproses ayam pernah di siarkan dalam sebuah akhbar perdana.

image

image

Demi memikirkan kesihatan anak2 yang sering batuk2 dan demam, mungkin akibat dari tahap kebersihan di belakang tempat memproses ayam yang menjadi ‘rumah’nya sejak setahun yang lalu, Puan Suhana telah memberanikan diri menyewa sebuah rumah kampung di Aril (berhampiran Pauh Lima) dengan kadar sewaan RM200 sebulan.

image

Dengan bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM300, Puan Suhana terpaksa bekerja sebagai pembantu, menjual ayam proses di tempat dia ‘menginap’ dulu dengan pendapatan harian antara RM5-RM10 bergantung kepada bilangan jam bekerja.

image

3. Mokku Tok dan Mat Jali Seorang warga emas dan seorang anak OKU (mental), hidup dengan bantuan JKM dan ihsan jiran sebelah rumah yang menjaga makan pakai dan tempat tinggal.

image

Kedua ibu dan anak istimewa ini tidak mampu mengurus diri sendiri disamping itu ada masalah pendengaran & komunikasi. Jiran yg menjaga mereka bernama Kak Rokiah juga seorang ibu tunggal yang punca pendapatannya hanya dengan menjual nasi lemak waktu pagi dibantu seorang anak perempuan.

image

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply