JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Pasir Putih Part 1

Konvoi JJMK Kelantan meneruskan perjalanan ke Daerah Pasir Putih dim7ana destinasi kami seterusnya, sebuah rumah kepunyaan Pn Rosmayati dan suami En Abbullah, dimana perjalanan hidup beliau sekeluarga penuh ranjau dan duri.

image

Seorang surirumah sepenuh masa, Pn Rosmayati juga menjaga ibunya yang mengalami sakit jantung dan sakit tua, juga ayahnya yang sakit disebabkan saluran kencing berfungsi secara tidak normal, perlu ditebuk di bahagian perut.

Seperti kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, beliau juga di beri satu lagi ujian oleh Allah dimana seorang adik beliau berumur 25 tahun yang mengikuti kursus PLKN kini lumpuh separuh badan. Adik yang bernama Nurul itu dulunya menjalani kehidupan seorang normal ketika mula mendaftar, tetapi lumpuh semasa dalam kem (tidak pasti sebab mengapa beliau lumpuh), di hantar balik ke rumah dan terlantar sejak sejak 7 tahun yang lalu.

image

Suami Puan Rosmayati hanya bekerja mengambil upah membuat bata dengan gaji yang bukan saja tidak seberapa malah kadang kala tidak menentu.

Anak2 keluarga ini 6 orang semuanya (yang sulung Tingkatan 3) semuanya masih bersekolah kecuali 2 orang yang masih kecil berumur 5 dan 6 tahun.

Pn Rosmayati ada 4 orang adik beradik, 2 sudah berkahwin, ada juga yang membantu sekadar mampu, walhal mereka juga dari keluarga kurang berada sekadar bekerja kampung manakala 2 lagi masih bersekolah.

image

Hasil usaha kawan2 WargaKilang, Alhamdulillah kami berjaya mencari sponsor untuk sebuah kerusi roda untuk kegunaan Nurul dan sebuah ‘air mattress’ untuk kegunaan ayah beliau.

image

Pn Rosmayati melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli2 WargaKilang diatas segala sumbangan.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply