JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Pasir Putih Part 4

Destinasi kedua terakhir kami di Pasir Putih ialah dirumah Abang Mat Piah dimana kami mengumpulkan beberapa keluarga penerima sumbangan untuk pengagihan secara berkelompok dirumah Abang Mat Piah.

Antara keluarga2 yang menerima sumbangan dari NGO WargaKilang disini ialah:

1. Puan Sabariah berusia 49 tahun, seorang ibu tunggal yang gigih mengusahakan tanaman padi demi memenuhi tanggungjawab membesarkan anak2 setelah kematian suami awal tahun 2012.

image

Keluarga ini kini berlindung dirumah tinggalan suami/ayah yang dibina hasil dari keringat mengerjakan sawah padi bersama suami isteri. Namun begitu, sebulan sebelum rumah boleh diduduki, suami Pn Sabariah terlebih dulu dijemput Allah SWT untuk kembali ke rahmatullah. Maka bermulalah kehidupan 9 beranak ini tanpa ayah/suami.

image

Anak-anak Pn Sabariah 8 orang semuanya dimana 7 daripadanya perempuan dan 1 lelaki yang bongsu.
Anak sulong yang sudah berkahwin dulunya tinggal bersama suami di KL kini pulang kekampung untuk menemani Pn Sabariah dan adik2

Menariknya, anak ke 2 yang baru saja tamat pengajian di UIA dalam bidang TASL (Teaching Arab As Second Language) berjaya menamatkan pengajian dalam 3 tahun (lazimnya kursus 4 tahun) dengan mengambil ‘extra credit hours’ pada setiap cuti semester disamping sibuk bekerja sambilan untuk menampung belanja menimba ilmu demi mengurangkan beban keluarga.

(Nota: Semasa cerita ini ditulis, anak Pn Sabariah ini masih belum mendapat kerja jadi kalau ada sesiapa dari pembaca WargaKilang yang dapat membantu mencari kerja sebagai Guru Bahasa Arab untuk anak Pn Sabariah, diharap dapat Hubungi kami secepat mungkin.)

Dua anak2 perempuan yang lain masing2 masih menuntut di maktab dan Kolej Insaniah, manakala 3 anak perempuan lain masih bersekolah di Ting 1, Ting 4, dan Tahun 3. Anak bongsu yang lelaki berusia 5 tahun masih di sekolah tadika.

2. Mohd Rafi yang berumur 45 tahun hanya bekerja kampung sebagai buruh binaan dgn gaji yang tak seberapa. Isteri Mohd Rafi seorang surirumah sepenuh masa menjaga 5 anak-anak hasil dari perkongsian hidup mereka.

image

Tidak menerima apa bantuan dari mana jabatan kerajaan, Mohd Rafi dan keluarga tinggal dirumah ibu/ayah mertua yang sudah agak uzur.

image

Dibawah ini, kelihatan motor2 ‘antik’ yang ada dalam ‘koleksi’ Mohd Rafi… semuanya tak ada cukai jalan sekadar digunakan disekitar kampung untuk kesana kemari. Tapi tak semua boleh digunakan, kerana rosak.

image

3. Abang Mat Piah sebenarnya adalah contact person (proxy) WargaKilang di kawasan ini. Beliau lah yang membantu kami mengenal pasti keluarga2 yang memerlukan di kampung ini. Namun beliau sendiri pun, tidak kurang juga berada dalam serba kekurangan.

image

Bekerja sebagai seorang tukang masak secara solo di Maahad Tahfiz Al-Aitam yang dibina khusus untuk anak2 yatim di Padang Pak Amat Pasir Puteh dengan gaji bulanan yang amat minima.

image
(Antara penerima sumbangan yang berkumpul di rumah Abg Mat untuk pengagihan berkelompok)

Abang Mat sangat suka membantu anak2 yatim, pantang dengar ada anak yatim yang terbiar, dia akan pergi tengok dan kalau perlu, uruskan untuk kemasukan ke Maahad Al-Aitam.

Rumahnya agak istimewa, batu diluar (rumah baru), kayu di dalam (rumah lama). Rumah lamanya itu hanya akan dirobohkan apabila bahagian rumah batu siap semuanya… tapi entah bila akan siap keran dibuat sedikit demi sedikit mengikut budget yang amat terhad.

Walaupun serba kekurangan dari segi harta, Abang Mat tiada yang kurang dari segi melayan tetamu. Sewaktu kami pergi riki dirumah beliau, kami sempat dijamu dengan nasi kerabu masakan Abg Mat sendiri. Di hari JJMK Kelantan pula, Abang Mat bersusah payah menyediakan sedikit makanan dan minuman untuk penerima2 sumbangan yang berkumpul dirumahnya dan juga peserta2 JJMK Kelantan.

image
(Nasi kerabu dan lauk2 kampung masakan Abg Mat Piah yg jadi santapan kami masa riki dulu.)

Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup Abg Mat Piaah dan sekeluarga, diberi kesihatan untuk menguruskan Maahad Al-Aitam dan dimurahkan rezeki dimasa akan datang. Amiin.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply