JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Sering Part 1

Meneruskan perjalanan JJMK Kelantan kali ini, kami terus menuju ke Daerah Sering, dimana beberapa keluarga dari beberapa kampung berdekatan telah kami jejaki.

Di Kg Pulau Melaka, kami menziarahi rumah En Anuar Nawi (43 tahun) dimana isterinya Puan Rawiyah terlantar sejak sekian lama, lumpuh sebelah badan setelah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dibelakang leher.

image

Disebelah rumahnya, di bangsal ini lah Anuar bekerja sendiri sebagai tukang besi, namun seperti yang dapat dilihat dalam gambar, bengkel ini sebenarnya ibarat hidup segan mati tak mahu. Masakan tidak, Anuar lebih banyak menghabiskan masa menguruskan isteri dan anak2 kesekolah dari kerja2 bertukang, apa lagi kekangan kewangan dan masa tidak mampu untuk Anuar mengkhususkan waktu sehariannya terhadap kerja mencari rezeki.

Membesarkan dan menguruskan anak seramai 7 orang yang kesemuanya masih belajar kecuali yang bongsu 5 tahun, Saudara Anuar lah ibu kepada anak2 yang masih kecil ini, manakala Amirul, anak sulung keluarga ini sedang menuntut disebuah kolej swasta, menjalani hidup serba kekurangan sebagai seorang pelajar.

Dalam misi JJMK kali ini, dengan usaha rakan2 di WargaKilang, disamping sedikit bantuan barangan dapur, kami berjaya mengumpulkan dana untuk mendermakan sebuah tilam angin untuk Puan Rawiyah dgn harapan akan membantu memberi sedikit keselesaan kepada beliau yang terbarng sepanjang masa.

Semoga Allah mempermudahkan kehidupan keluarga ini dan memberi kesihatan yang baik untuk Sdr Anuar demi untuk kesejahteraan keluarga beliau.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply