JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Sering Part 2

Puan Rohana (44 tahun) ini pula, surirumah sepenuh masa, sedang buntu bersama suami yang telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit dementia (nyanyuk) beberapa bulan yang lepas.

Suaminya yang dulu mencari nafkah untuk keluarga 10 anak beranak ini bekerja sebagai pengawal keselamatan kini tidak mampu lagi bekerja. Buat masa ini mereka tiada punca pendapatan dan kami diberitahu permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM masih dalam proses dan sedang menunggu lawatan yang tak kunjung tiba dari pegawai JKM.

image

Semua 8 orang anak2 Puan Rohana masih bersekolah kecuali yang bongsu bersusia 2 tahun. Namun begitu, disebalik kedukaan yang melanda, anak sulung mereka yang berumur 16 tahun merupakan pelajar cemerlang, mendapat 9A dalam peperiksaan PMR tahun lepas. Sekarang belajar di SMKA di pinggir Kota Bharu dengan mengayuh basikal (hasil bantuan pihak sekolah diatas kecemerlangan beliau) beberapa kilometer saban hari.

image

Sesungguhnya terdapat keperluan yang amat mendesak untuk membantu keluarga ini, sekiranya ada dikalangan rakan2 WargaKilang yang lain bersedia membantu dalam meringankan bebanan keperluan kewangan, bolehlah menghubungi mana2 AJK JJMK Kelantan untuk menyelaraskan bantuan.

Semoga Allah membukakan pintu rezeki keluarga Puan Rahana dan dipermudahkan perjalanan hidup mereka yang penuh dengan dugaan yang mendatang.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply