JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Sering Part 3

Demi untuk menjimatkan masa, pengagihan seterusnya dilakukan secara berkelompok dimana kami mengumpulkan 5 keluarga secara serentak.

image

Antara penerima bantuan kumpulan ini, Mak Su Kiah dari Kg Babong adalah seorang warga emas yang terlantar selepas serangan stroke. Beliau sekadar boleh bangun untuk duduk saja, tinggal di rumah tinggalan arwah suami yang serba tak sudah.

Maksu Kiah hidup bersama anak perempuan (suri rumah sepeniuh masa) dan menantu lelaki (bekerja sebagai tukang kebun), pasangan ini mempunyai 6 orang anak.. semua masih bersekolah kecuali yang bongsu.

Nik Fadhilah (berusia 40an) juga seorang ibu tunggal. Beliau mempunyai anak seramai 10 orang, walaupun 3 orang sudah berkahwin (2 laki 1 perempuan). Tiga (3) anak-anak lain masih belajar university/kolej (biaya PTPTN), manakala ada 4 anak-anak yang masih bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah.

Mok Nab pula seorang warga emas yang hidup dengan bertemankan seorang cucu yang dipelihara sejak kecil (kematian ibu bapa) dalam keadaan serba kekurangan. Beliau tinggal dirumah tinggalan arwah suami.

Puan Nofizah yang berusia 45 tahun pula bekerja sebagai pekerja di sebuah kedai makan dengan gaji hari. Suami belua En Ramli yg berusia 48tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan Pasangan ini membersarkan 5 anak (dua di sekolah menengah, 2 disekolah rendah dan 1 tadika). Mereke sekeluarga tinggal dirumah emak/ayah yang masih ada, tapi ibu Pn Nofizah uzur kerana serangan angin ahmar manakala ayah pula mengidap sakit jantung.

Pn Shamsiah seorang ibu tunggal membesarkan 8 orang anak seorang diri setelah kematian suami. Menghidap diabetes, Puan Shamsiah hanya berbekalkan pencen arwah suami guru lepasan maktab, disamping mencari sesuap rezeki mengusahakan sebuah kedai runcit yang hidup segan mati tak mau, tidak banyak barang jualan kerana kekurangan modal, sering diambil untuk kegunaan sendiri.

Anak nya hanya seorang yang baru saja bekerja sebagai guru KAFA, dapatlah membantu meringankan beban kewangan keluarga. Yang lain pula empat (4) orang masih belajar di IPT (biaya PTPTN) dan tiga (3) anak masih di sekolah menengah. Biaya pinjaman PTPTN selalu tidak cukup untuk belanja anak2 jadi Pn Shamsiah sering kena top-up belanja bulanan setiap anak bergantung kepada keperluan.

This entry was posted in JJMK, Kelantan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply