JJMK Kelantan Live Update : Pengumpulan Barangan di Masjid Bachok

Jam 08:00 pagi Alhamdulillah, setelah lebih dua bulan segala persediaan dibuat untuk JJMK Kelantan, maka hari ini telah diizinkan oleh Allah untuk ahli2 WargaKilang bersama berkumpul di Masjib Bachok ini untuk kerja2 pengumpulan barangan yang telah dikumpulkan hasil dari derma dan infaq dari mereka2 yang perihatin.

I
Cuaca pada pagi ini di Bachok sungguh cantik dengan matahari yg bersinar seakan menggamit kedatangan…. Semoga cuaca akan kekal sehingga keakhir perjalanan kami

image

Para peserta sempat menikmati jamuan breakfast nasi kerabu yang disediakan oleh Bro Burhan, orang kuat dan penggerak utama JJMK Kelantan kali ini.

image

Alhamdulillah, inilah hasil barangan yang terkumpul yang bakal diagihkan kepada lebih 30 keluarga yang dikenal pasti oleh pasukan riki WargaKilang. Semoga dengan pemberian yang tidak seberapa ini, dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga2 yang kurang bernasib baik ini, lebih2 lagi dalam mengharungi musim tengkujuh yang dijangka agak serius untuk tahun ini.

image

image

image

image

Barangan sumbangan sedang dimuatkan dalam kereta2 peserta.
image

image

Juga tidak lupa, marilah bersama mendoakan semoga Allah merahmati semua para dermawan yang bermurah hati dan juga semua pihak yang terlibat dengan JJMK Kelantan ini, samada secara langsung atau tidak langsung. Ameen.

This entry was posted in JJMK, Kelantan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply