JJMK Kuala Lumpur 12hb Mei 2012

Kemiskinan berlaku tidak kira dimana. Kehidupan dikota besar seperti Kuala Lumpur juga penuh dengan jalan ceritanya yang tersendiri. Tak percaya, sila baca nukilan Tuan YDP NGO WargaKilang kita tentang permasaalahan warga kota di ibukota metropolitan Kuala Lumpur.

Abang Li, lumpuh – kecederaan tulang belakang dan kaki. Dulu meniaga, kini sudah 2 tahun tidak bekerja. Isteri pun tidak bekerja, punya anak perempuan OKU; tinggallah seorang anak lagi yg bekerja dgn pendapatan yg tidak seberapa menyara beliau suami isteri dan anak OKU serta lain-lain urusan keluarga.

Tapi Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui. Allah memberikan lebih rezeki kepada sebahagian dari kita (juga sebagai satu ujian) untuk memberi peluang kepada kita menyatakan kesyukuran dan tidak lupa pada kebesaran Allah disamping membantu saudara seagama semoga mereka tidak merasa terpinggir dengan ujian yang Allah berikan.

Sehubungan itu, satu lagi program Jalan Jalan Masuk Kota (JJMK) anjuran NGO WargaKilang Kawasan Tengah akan diadakan tidak lama lagi. Perincian program JJMK kali ini seperti yang tertera dibawah:

Program : JJMK Kuala Lumpur
Ko-ordinator: Warikh – 019-4701477 (mrwarikh@yahoo.com)
Shahrul – 012-6315244 (sharulnizam.tamizi@ge.com)

Hari : Sabtu
Tarikh: 12hb Mei 2012
Masa : 8:30 – 9:00 pagi

Tempat berkumpul : Exit Tol Subang (PLUS/NKVE highway) dekat stesen Petronas
Lokasi : PPR Pangsapuri Impian Baiduri, Jalan 224, Seksyen 51A , Petaling Jaya.

Sasaran: 21 keluarga yg bakal dikunjungi terdiri daripada 11 orang Ibu Tunggal, 9 orang OKU kanak-kanak serta dewasa dan juga 4 lima orang Warga Emas yang sesetengahnya tinggal sebatang kara.

Keperluan: Beras, gula, minyak, susu kopi dan sebagainya; dan juga Lampin Pakai Buang size M dan L untuk kanak-kanak dan regular size utk OKU dewasa.

Adik Hishamudin, OKU – terbaring dan terawang awang di atas pembaringan – ibu bapa agak berusia, tidak bekerja, mengharapkan 2 org kakak yg bekerja tidak seberapa.

Semoga program JJMK kali ini akan disertai oleh ramai lagi ahki-ahli WargaKilang serta sahabat handai yang turut membantu. Marilah sama-sama membantu sesama insan yang memerlukan semoga segala sumbangan pihak tuan/puan akan dicatatkan sebagai satu amalan baik disisi Allah SWT.

JZKK

This entry was posted in Announcement, JJMK. Bookmark the permalink.

Leave a Reply