JJMK: PPR Pangsapuri Impian Baiduri Live Reporting

Hari ini, seperti yang telah dirancangkan oleh WargaKilang, kami akan turun kesatu lagi acara JJMK Jalan Jalan Masuk Kota. Sasaran kami kali ini ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Intan Bauduri, Petaling Jaya. Insyaallah.

Ini lah pertama kali saya menyertai mana mana program JJMK.. Saya akan cuba untuk melaporkan secara live perkembangan terkini.. Serba ringkas kerana kekangan masa dan juga sedikit kekurangan kerana menggunakan telefon mudah alih untuk tujuan live reporting ini.. Insyaallah saya cuba yang terbaik. Doakan semoga perjalanan kami hari ini lancar dan mendapat rahmat Allah SWT.

7:45am Saya masih dirumah.. Insyaallah sebentar lagi akan bertolak bersama keluarga menuju ke Petronas selepas exit tol subang… Sdr warikh akan berada disana menanti ketibaan rombongan dari utara… Tak tahu berapa ramai dari sana..

8.40am Tiba di petronas… Monier dan Warikh dah sedia menunggu. Hanya Monier yang datang dari utara diberitahu yang lain2 tak dapat datang kerana ada hal masing2. Tapi geng2 utara ni jasad jer takde kat sini… tengok banyak mana depa hantar barang turun KL… penuh dalam pickup Monier.

9.00am Tiba di Stadium Kelana Jaya … Burhan, Nazri dan beberapa yang belum pernah saya jumpa sudah sedia menunggu…

9.30am Kita merancang… Yang menentukan Allah Swt. Masyaallah… Lihatlah banyak mana barangan yang didermakan… Beginilah semangat wargakilang… Tiap2 kali buat JJMK… Ada saja yang sudi menderma…

Ni wajah wajah yang tak asing lagi bagi Wargakilang… Tengah sibuk berbincang tentang pembahagian barangan…

Setelah dibawa turun barangan makanan dari pickup YDP Monier kita, dimuatkan pula pakaian2 yanag didermakan dari beberapa buah kereta lain… penuh satu pickup pakaian yang didermakan untuk diagihkan pada warga PPR Pangsapuri Intan Baiduri yang terpilih…

Pengarah Operasi JJMK kali ini… Burhan… Sedang memberi taklimat setelah kerja2 pembahagian selesai…

10.00am Alhamdulillah… Satu lori penuh dengan muatan baru tiba… Semoga Allah murahkan rezeki semua yang menyumbangkan masa, tenaga dan barang2an keperluan harian untuk JJMK kali ini… Mohon juga supaya Allah buka hati lebih ramai kawan2 kita yang lain untuk turut menyumbang… dan juga menyertai geng2 WargaKilang di JJMK akan datang… Amiin.

Masing2 sibuk membantu membahagikan sumbangan dari Wargakilang…

11.00am Selamat sampai ke PPR Impian Baiduri.. Berjumpa dengan AJK kawasan perumahan ini… Penggerak utama biro kebajikan Kak Ros, cik Dah, Kak Shima Dan Kak Edah…

Burhan sedang memberi penerangan tentang operasi JJMK hari ini…

Penerima pertama yang kami pergi… Kak Su.. Ibu tunggal yang beranak dua.. Kerja dia.. Ambil upah cucuk sate… Upah hanya Rm1.70 utk 100 cucuk sate… Dia habaq.. boleh la buat +-1000 cucuk sehari (itupun tengok kalau ada kerja dari tokey sate)… dapat RM11.70 cubalah bayangkan kawan2 Wargakilang macamana nak hidup dalam KL dengan gaji yg macamtu… Semoga Kak Su akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalana hidup nya sekeluarga..

Keluarga En Md. Nor ni pulak.. anak 7… dia sendiri terlibat kemalangan… Isteri tak bekerja … Tapi Alhamdulillah.. Anak2 ini diberitahu kepada kami adalah pelajar yang bagus disekolah… Semoga Allah pulihkan kesihatan En Md nor secepat mungkin dan bahagiakan pasangan suami isteri dan anak anak ini… Amin.

Md nor baru saja kemalangan.. sekadar kerja sekuriti disebuah kilang..

Md nor baru saja kemalangan.. sekadar kerja sekuriti disebuah kilang..

Keluarga ini.. Pn. Saniah.. Ibu tunggal anak 3… Tidak bekerja utk menjaga anak2… Suami meninggal dunia.. Pn Saniah menyara keluarga dgn bergantung kepada bantuan pampasan Socso arwah suami…

Keluarga Sstazah Siti… juga ibu tunggal mempunyai 4 anak… tau tak … dia sewa rumah ni RM600 sebulan… Mak oii mahalnya sewa rumah PPR … Tak tau lah berapa lebihan gaji ustazah ni selepas ditolak perbelanjaan harian yang lain…

Keluarga Pn Azalina… Ibu tunggal lagi… Kematian suami.. Membesarkan 5 anak bersendirian.. Hanya bergantung kepada pampasan Socso arwah suami…

12.24noon… Kami masih di blok D… Lepas ni Ada lagi sumbangan kat blok A dan C…

Keluarga Abg Ali.. Tidak bekerja kerana berada diatas kerusi roda.. Diuji oleh Allah dengan sakit dikaki dijangkiti kuman… Seorang anak pula dilahirkan OKU.. Isteri tidak bekerja… Hanya bergantung hidup kepada anak yang satu lagi yg bekerja.. Membayar pinjaman rumah PPR dan menyara seluruh keluarga…

Bantuan ini kepada anak yatim yang dijaga oleh ibu anak2 ini..

1.15PM… Battery blackberry dah habis…

Kisah perjalanan ini juga ada dicatat di blog moniermatdin di link berikut: JJMK Wargakilang – Kemiskinan di Pinggir Kota

This entry was posted in JJMK and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply