JJMK Ramadhan WK Tengah: Peta Lokasi Raudhatul Jannah

Untk peserta JJMK Ramadhan WK Tengah hari Sabtu nanti, disertakan peta lokasi untuk ke Rumah Anak Anak Yatim Raudhatul Jannah sebagai panduan.

Secara ringkas:
1. Ambil lebuhraya DUKE dan ikut papan tanda arah ke Gombak.
2. Lepas bayar tol di Plaza Tol Sentul Pasar, teruskan memandu disebelah kiri.
3. Ambil exit ke Bandar Dalam.

Buat masa ini, tidak ada rancangan untuk berkumpul di mana2 perhentian sebelum Raudhatul Jannah. Semua peserta di minta berkumpul di Raudhatul Jannah sekitar 8:30pagi atau lebih awal.

(Nota: Kalau perlukan bantuan sila telefon salah satu dari AJK. Insyaallah)

JJMK Ramadhan: Peta ke Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi

Peta lokasi Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi

Untuk aktiviti tazkeerah, solat berjamaah, Iftar serta Terawih bersama penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Perlindungan Raudhatul Jannah, harap maklum bahawa kita akan berbuka secara pot-luck. Peserta boleh membawa makanan yang dibeli dari bazaar ramadhan atau bagi yang berkesempatan makanan yang dimasak dari rumah.

Dinasihatkan agar peserta JJMK membawa kuantiti secukupnya untuk ahli keluarga dan lebih sikit untuk dikongsi bersama penghuni Raudhatul Jannah (15 penghuni Raudhatul Jannah + 5 anak yatim dari luar yang akan diraikan)… bila dikumpulkan bersama yang lain, Insyallah mencukupi untuk semua yang hadir.

Sesiapa yang berhajat, boleh juga mengagihkan pemberian duit raya, zakat dll secara peribadi kepada anak2 Yatim.

Semoga Allah mempermudahkan aturcara JJMK Ranadhan WK Tengah pada hari Sabtu nanti,

This entry was posted in Announcement. Bookmark the permalink.

Leave a Reply