JJMK Ramadhan WK Tengah : Profile Ringkas Penerima Sumbangan

Pada JJMK Ramadhan WK Zon Tgh 11hb Ogos nanti, kita akan menyusuri pinggir kota KL untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga miskin, OKU, ibu tunggal serta meraikan penghuni Rumah Perlindungan dan Anak yatim Raudhatul Jannah (menyampaikan sumbangan, berbuka puasa bersama secara pot luck, tazkirah dan solat tarawikh).

Seperti biasa, kita amat memerlukan sumbangan berbentuk keperluan asas untuk keluarga2 dan rumah pelindungan anak2 yatim tersebut seperti beras, gula, minyak masak, sardin, teh, kopi, susu, garam, kicap, bihun, biskut, tepung, kuih raya, kordial dan sebagainya. Semua barangan yang terkumpul nanti akan diagihkan kepada semua penerima yang telah dikenal pasti.

Namun begitu, ada juga barangan2 keperluan lain seperti pakaian, keperluan anak2 yang bersekolah, OKU, warga emas yang diperlukan. Tidak lupa, sempena menanti ketibaan 1 Syawal nanti, amat sesuai juga kalau ada yang sudi menyediakan sedikit duit raya untuk kanak2 dan keluarga2 yang amat memerlukan bantuan ini.

Untuk memudah kan para peserta JJMK kali ini membuat penilaian tentang keperluan2 yang perlu dibawa semasa JJMK Ramadhan, berikut adalah profile ringkas bakal2 penerima bantuan JJMK Ramadhan WK yang telah dikenal pasti kali ini:

Profile Keluarga Miskin
Rata2 kebanyakan keluarga yng dikenal pasti mempunyai anak2 yang bersekolah rendah, menengah dan juga IPT. Ibubapa keluarga2 ini pula ada yang berpendapatan rendah, ada yang tidak mampu bekerja kerana sakit kronik, ada yang ibu tunggal, tidak hairan mereka sering kesuntukan wang ringgit dalam memenuhi keperluan ahli keluarga… hingga ada dikalangan anak2 mereka yang tidak punya wang saku ketika pergi sekolah, hanya bergantung kepada makan pagi dirumah dan sedikit bekal untk masa rehat.

Profile Penghuni Raudhatul Jannah.
Raudhatul Jannah bukan sahaja menempatkan anak2 yatim/piatu , tetapi juga berfungsi sebagai rumah pelindungan insan2 lain yang memerlukan tempat perlindungan atas berbagai sebab dan musabab kerana kepelbagaian ragam manusia ciptaan Alah SWT.

Jumlah Penghuni lelaki : 14 orang
Pecahan menikut umur
* 13thn – 3 orang
* 11-12thn – 4 orang
* 3 – 8thn – 5 orang
* 61thn (OKU) – 1 orang
* 70thn (Warga emas, sakit) – 1 orang

Jumlah Penghuni perempuan : 16 orang
Pecahan menikut umur
* 17-20thn – 3 orang
* 13-14thn – 5 orang
* 7-12thn – 5 orang
* 2-4thn – 3 orang

Untuk semua urusan sumbangan, sila berhubung dengan pertugas dibawah.

1. Kawasan Cheras dan sekitar – Warikh 019-470 1477
2. Kawasan Ampang dan sekitar – Roha 012-4317948
3. Kawasan Subang dan Sg Buluh dan sekitar – Sharul 012-631 5244
4. Kawasan Shah Alam dan sekitar – Faisal 013-3475928
5. Kawasan Petaling Jaya dan sekitar– Borhan 013-3412057
6. Kawasan Seri Kembangan, Cyberjaya dan sekitar – Che Jaafar 0104030401

Semoga informasi yang diberikan diatas dapat membantu peserta2 JJMK Ramadhan WK Zon Tengah dalam memilih barangan keperluan untuk sumbangan. Hanya Allah SWT yang layak membalas segala jasa baik dan sifat keperihatinan anda semua. Insyaallah.

This entry was posted in JJMK, Selangor/WP. Bookmark the permalink.

Leave a Reply