JJMK Ramadhan Zon Tgh Part 2 Apartment Seri Perak Sentul

11.30am… Tiba di Apartment Seri Perak Sentul.

Penerima pertama : Pn Zaida.. Seorang ibu tunggal beranak dua… Suami baru meninggal dunia.. Menerima bantuan dari Baitulmal dan juga mengambil upah menjaga anak orang (seorang). Ada juga menerima pencen suami yg tak seberapa… Walaupun menyewa flat DBKL yg agak murah… Tetap ada sewa yang tertunggak… Itulah nasib yang menimpa Pn Zaida… Semoga Allah mempermudahkan perjalanan keluarga ini… Amiin

Penerima kedua… Pn Asniza ..
Suami bekerja sendiri… Walaupun Ada sakit jantung….Tapi pendapatan tak seberapa… Mempunyai 9 anak yg masih kecil.. Alhamdulillah khabarnya anak2 beliau sangat baik dalam pelajaran mereka. Ada juga dapat sedikit bantuan dari badan kebajikan untuk menampung keperluan hidup… Kami diberitahu.. Keluarga ini menanggung banyak tunggakan sewa dan yuran sekolah anak2… Ya Allah… Permudahkanlah perjalanan kehidupan keluarga ini.. Amiin

Diluar sana kelihatan kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur… Namun disini… Banyak warga kota mengalami kesempitan hidup dalam keadaan yang serba mencabar…

Ketiga : Pn Zanarita… Ibu dengan dua anak .. Husband sudah meninggal. Walau pun sudah bertemu jodoh lain… Kemiskinan masih melanda keluarga ini.. Campur lagi masalah dalaman yang tidak wajar diceritakan disini… Moga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan keluarga ini…amiin.

Keempat : Pn Che Wa … ibu tunggal ini mempunyai enam anak.. Ada juga pelihara seorang cucu. Punca pendpatan hanya bergantung kepada pencen suami… Tiada bantuan lain dari badan kebajikan. Waktu raya ni… Beliau buat kuih raya sikit2…

This entry was posted in JJMK, Selangor/WP. Bookmark the permalink.

Leave a Reply