Modus Operandi WargaKilang oleh Sdr Burhanuldin Mohammad

Dipetik dari dinding Facebook Sdr Burhanuldin Mohammad (17th April 2014)

Dulu pernah ada orang kampung cakap pada saya :

“Encik keno tulong saya, saya oghe susoh, encik kan dibayar gaji untuk tulong oghe susoh”

Hihihi…pokcik gak dio….suka hati jer…bila pulak la saya dibayar gaji untuk buat kerja-kerja ni, mana ada dapat duit pokcik, keluar duit lagi ada haha…saya ni bukan pegawai kerajaan dari agensi mana-mana, saya pun rakyat marhaen jugak macam pokcik, saya bergerak di bawah NGO yg berdaftar sebagai Wargakilang walaupun sekarang saya tidak lagi bekerja di sektor perkilangan. Nama dia jer wargakilang tapi ramai kawan-kawan yang duk turut serta masuk kampung bersama kami bukan pekerja kilang pun, nama jer…. Walaupun berdaftar dgn Pendaftar Pertubuhan Malaysia tapi kami tak ada dana, kami tak kumpul dan simpan duit, kami memang sengaja tak buka akaun bank dgn nama Wargakilang, kami tak ada mintak grant (peruntukan) dari kerajaan, kami tak ada mintak sponsor wang tunai dari mana-mana pihak dan kami tak kutip duit dari orang ramai….TAK ADA!!! ….SEBABNYA di kalangan kami-kami dalam NGO Wargakilang ni, tak ada yang sanggup nak jaga duit banyak-banyak, malas nak serabut-serabut dengan hal-hal berbangkit berkaitan duit ni, tak ada masa untuk buat perakaunan, jaga duit keluar masuk, kena audit, buat laporan kewangan dsbgnya. Kami nak aman aman jer, tenang tenang jer…..

Jangan tanya saya pasal NGO-NGO lain yang banyak ada di Malaysia hari ni, saya tak tahu, saya pun bukan arif pasal selok belok NGO, tapi di Wargakilang, kami buat kerja ni dengan konsep rilex dan santai. Dah namanya pun sukarela jadi kami jalankan aktiviti kami bila-bila kami suka dan bila-bila kami rela…hahaha… Bila ada masa kami riki, bila ada keperluan kami ziarahi, ada duit kami bui, ada beras kami bagi-bagi….baju oren kami beli, duit minyak/tol pun kami bayar sendiri . Cuma kadang-kadang tu…ada lah rakan-rakan yang kami kenali mintak kami tolong sampaikan kiriman mereka sedikit sebanyak sebab mereka nak pergi sendiri tak berkesempatan dek kekangan masa, lokasi, kesihatan, tugas dsbgnya maka mereka mintak kami hantarkan, salurkan kiriman mereka kpd penerima yang mereka hajatkan, jadi kami pun masuklah ke kampung-kampung tolong hantar….macam posmen gitu…terima kasih kawan-kawan yg mengirim….semoga Allah ganjarkan pahala yg banyak kepada anda dan kami harap kami pun mendapat tempias pahalanya….

Kami sendiri pun ada kerjaya masing-masing, ada yang kerja makan gaji, ada yang kerja sendiri, ada komitmen lain, ada keluarga macam anda juga cuma Alhamdulillah setakat ni Allah masih berikan kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa untuk kami menjalankan aktiviti ini dalam usia kami yang masih berbaki…kami bukannya nak basmi kemiskinan. Kalau kerajaan dengan dana besar dan kakitangan yg ramai pun tak boleh nak basmi kemiskinan, apalagi NGO kecil macam wargakilang ni.

Rasanya dah banyak kali saya bagitau, aktiviti kami ni lebih kepada menunaikan sedikit tanggungjawab dalam bermasyarakat, juga untuk tujuan muhasabah diri kami sendiri sebenarnya sebab bila kami berpeluang bertemu dengan saudara-saudara kita dari golongan kurang berkemampuan, miskin, kurang bernasib baik, hayati kisah mereka, fahami kesusahan mereka, dengari keluhan mereka, seringkali mereka akan menjadi cermin kepada diri kami sendiri supaya insaf, bersyukur dan berterima kasih atas segala nikmat yang Allah berikan selama ini, supaya kami tak banyak sangat merungut dgn apa yang kita tak ada dan tak dapat sebaliknya lebih berterima kasih dan suka dengan apa yang kita ada dan apa yg kita dapat.

Begitulah sedikit pencerahan kpd rakan-rakan yang mungkin belum tahu pasal NGO Wargakilang. Siapa-siapa pun boleh turut serta dalam program kita, tak perlu jadi ahli, tak perlu bayar yuran. Hadir jer pada hari yang telah kami tetapkan. Kalau anda ada barangan yang hendak didermakan kepada orang-orang miskin, anda boleh bawa bersama. Di tempat berkumpul nanti kita akan satukan dgn sumbangan dari kengkawan yang lain, lalu diagihkan kepada bilangan keluarga yang telah kita tetapkan (kita dah riki lebih awal). Kalau anda tak nak sumbangkan barangan, tapi nak bagi derma wang tunai, anda boleh sampaikan sendiri derma anda kpd mana-mana penerima yang anda rasa berkenan di hati, sedikit latarbelakang keluarga penerima akan diceritakan pada hari kejadian nanti. Kalau anda perlu maklumat itu lebih awal, anda boleh minta dari kami. Kalau anda tak ada apa-apa yang hendak disumbang pun, kami tetap mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama kami menyantuni keluarga2 miskin yg akan ditemui, boleh bawa ahli keluarga anda, elok sebagai pendedahan kpd anak-anak tentang realiti kehidupan…insyaAllah ada manfaatnya.

Program terdekat kami, insyaAllah akan diadakan pada 3 May 2014 nanti di Grik, Perak sempena cuti Hari Buruh. Sebanyak 35 keluarga telah dikenalpasti sbg penerima bantuan, kebanyakan dari mereka adalah dari kalangan penoreh getah dan buruh kampung, pelbagai latarbelakang, berbagai cerita tetapi mereka berkongsi satu persamaan…..hidup dihimpit kemiskinan…
Jumpa di sana InsyaAllah……….

This entry was posted in Announcement. Bookmark the permalink.

Leave a Reply