Modus Operandi

Di WargaKilang, Anda DiGalakkan Sampaikan Sumbangan Anda Sendiri

Ada pembaca yang bertanya bagaimana caranya nak memberi sumbangan dalam aktiviti Jalan Jalan Masuk Kampung kami ini. Sayugia dimaklumkan bahawa kami tidak menerima sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan.

Modus operandi kami ialah sesiapa yang berminat nak buat kerja amal ini, dipersilakan ikut serta, bawa barang2 sumbangan masing-masing, bawa anak isteri sekali, sila tunggu kat mana-mana lokasi tempat berkumpul yang dinyatakan.

Di sini juga saya ingin jelaskan bahawa tujuan saya menulis kisah-kisah perjalanan kami ini, selain daripada ingin berkongsi cerita sebagai iktibar dan pengajaran buat semua; antara sebab utamanya ialah kami ingin mewujudkan kesedaran dan awareness di kalangan pembaca sekelian tentang wujudnya masyarakat dan insan marhain yang terpinggir seperti itu, dengan harapan mereka yang membaca siri-siri tulisan saya ini akan dapat melakukan perkara yang serupa di tempat mereka.

Sekian, sama-samalah kita membuat kerja amal untuk agama, masyarakat dan negara.

Monier Mat Din
YDP NGO WargaKilang

Leave a Reply