Mohon Bantuan untuk Saudari Zakiah (End Stage Renal Failure, Both Kidneys)

Petang tadi setelah sibuk seharian menguruskan kereta saya yang sudah lama menggamit perhatian dengan bermacam2 bunyi, sewaktu balik dari bengkel saya melihat ke skrin Galaxy Note dan satu emel dari Tuan YDP WargaKilang Sdr Monier menarik perhatian saya serta merta.

Tajuk emel beliau berbunyi “Mohon Bantuan”.

Beberapa hari lepas Sdr Monier dimasukkan ke hospital, saya difahamkan beliau mengalami masalah sesak nafas malam tersebut. Hanya dua hari sebelum itu saya ada bersama2 beliau masuk kampung keluar kampung sekitar Selama dan Bukit Kurau, menyampaikan bantuan untuk lebih kurang 150 kanak2 sekolah menengah dan rendah dari kalangan keluarga2 miskin dipendalaman Perak itu.

Dalam hati saya, mohon bantuan apa pulak yg Monier minta ni? Bila membaca emel tersebut, ringkas sahaja tulisan beliau.

“Team tengah, Ini ada email dari azmang kemamang, mohon follow up.”

Dari body emel tersebut, antara yang tertulis:

“Nama: zakiah binti hj muhammad saleh
Alamat : (Di padam kan buat sementara sehingga dapat kebenaran untuk disiarkan)
Contact no : 019 3898 200
Fb : mutiara emas sb k za x de acc fb sndri
Bimb acc : 14195020069824
Status : end stage renal failure (both kidneys)
On permanent dylisis (CAPD)
Kalu ad pape yg k intan nk tny lg bgtao la ya.. Zya pun buntu…
Terima kasih kak…..”

Isi kandungan emel tersebut dari seorang insan yg hanya dikenali sebagai Zya kepada Sdr Azman Alias, otai WargaKilang dari Kemaman Terengganu.

Pada mula nya saya hanya berniat untuk memberikan bantuan sekadar yg termampu dengan bantuan sedikit wang tunai terus ke akaun yg tertera. Namu setelah selesai solat asar, hati saya terdetik, perlukah saya melawati insan bernama Zakiah ini dan melihat sendiri keadaannya. Tidak berasa senang dihati saya, lalu saya cakap pada isteri saya dan minta dia temankan saya melawat dua sahabat ini. Lebih kurang jam 7:00ptg saya sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah ke Shah Alam dan setelah selesai solat maghrib disebuah surau berdekatan rumah dua sahabat ini, kami tiba di destinasi yang dituju lebih kurang jam 8:20mlm.. tujuan saya untuk mengetahui dgn lebih lanjut dan kalau2 ada apa2 yang saya boleh tolong.

Saudari Zakiah (berselimut) dan teman serumah Zya (duduk disebelah Zakiah, bertudung hitam dan berbaju  merah).

Saudari Zakiah (berselimut) dan teman sejati Zya (duduk disebelah Zakiah, bertudung hitam dan berbaju merah).

Di pendek kan cerita, Saudari Zakiah dan Saudari Zya (nama penuh saya lupa nak tanya) adalah dua orang sahabat yang bersama2 menceburi bidang perniagaan beberapa tahun yang lalu dan boleh dikatakan berjaya dalam bidang yg diceburi. Namun begitu, walaupun dengan segala usaha berserta keyakinan diri, takdir Allah menguji mereka dengan mengalami masalah dalam perniagaan dan atas sebab2 yang tidak dapat saya nyatakan disini, perniagaan yg berkembang maju tiba2 merosot.

Saudari Zakian dihospital

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, Saudari Zakiah secara tiba2 mengalami sakit berkaitan buah pinggang dan keadaan menjadi bertambah kritikal. Setelah dua tahun masuk hospital dan keluar hospital, menjalani pelbagai pembedahan dan rawatan, Saudari Zakiah kini disahkan oleh doktor pakar mengalami “end stage renal failure (both kidneys)” dan memerlukan rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) seumur hidup, iaitu sejenis rawatan dialisis yang boleh dilakukan dirumah.

Zakiah menjalani pembedahan... di lehernya adalah bekas rawatan dialisis dihospital

Zakiah menjalani pembedahan… di lehernya adalah bekas rawatan dialisis dihospital

Walaupun dilakukan dirumah, kos untuk rawatan CAPD ini agak mahal dan setelah dua tahun menghadapi masalah kesihatan ini dengan perbelanjaan sendiri, kedua2 sahabat ini sudah membelanjakan kesemua simpanan mereka (akaun mereka sudah negative, kata Zya menerangkan kepada saya).

Antara barangan yang di perlukan untuk rawatan CAPD dirumah

Antara barangan yang di perlukan untuk rawatan CAPD dirumah

Saudari Zakiah kini tinggal dirumah adik nya di Shah Alam manakala kedua ibu dan bapanya sudah meninggal dunia. Selama ini, Saudari Zya lah yg menemani beliau dan membantu menguruskan kehidupan seharian Zakiah. Zya kini tidak lagi melakukan apa2 pekerjaan kerana tidak sanggup meninggalkan sahabat karibnya dirumah sendirian kerana sudah beberapa kali Zakiah mengidap sawan dan agak membahayakan diri jika bersendirian. Disamping itu, Zakiah memerlukan bantuan untuk rawatan CAPD setiap empat jam.

Salah satu dari bilik dirumah beliau kini dijadikan bilik rawatan dialisis dimana kebersihan perlu dijaga dengan amat teliti demi untuk memastikan keberkesanan rawatan yang perlu dilakukan setiap empat jam dalam sehari, sebab itulah Zya sanggup tidak bekerja demi untuk berbakti kepada teman karibnya yang sanggup jatuh bangun bersama dalam medan perniagaan. Tapi sudah jelas, dua sahabat sejati ini kini memerlukan bantuan (sokongan moral dan kewangan) demi meneruskan perjuangan yang bakal menentukan hidup dan mati seorang sahabat.

Keperluan untuk tujuan sanitary dibilik air.

Keperluan untuk tujuan sanitary dibilik air.

Kekangan dari segi kewangan bukan setakat untuk rawatan CAPD sahaja, tetapi Zakiah juga memerlukan penjagaan dari segi pemakanan yg dapat membantu beliau menghadapi masalah kesihatan beliau yg sangat kritikal. Zakiah memerlukan sejenis susu khas bersama sejenis minuman khusus untuk pesakit renal seperti yg tertera didalam gambar dibawah.

Dietary khusus untuk pesakit renal..

Dietary khusus untuk nutrisi pesakit renal..

Bila saya tanya Saudari Zya berapakah kos untuk dua item diatas, beliau tidak tahu kerana selama ini, bekalan diberikan oleh pihak hospital. Namun begitu, stok sedia ada untuk jenis Nepro ini hanya mampu bertahan sehingga esok sahaja.

preskripsiDisamping itu, Zakiah yang hanya baru pulang kerumah dari hospital petang tadi untuk rawatan, juga memerlukan sejenis ubat yg hanya diberikan preskripsi dari hospital (mungkin kerana tidak terdapat stok di hospital atau sebab lain yg tidak diketahui). Esok, Insyaallah saya akan cuba mencari ubat ini di farmasi atau pusat dialisis terdekat sebab Saudari Zya tidak dapat meluangkan banyak masa demi menjaga Zakiah yang memerlukan bantuan setiap empat jam.

Selain itu, untuk kebaikan teman nya Zakiah, Saudari Zya hanya mengharapkan keberkatan dan bantuan Illahi dengan membekalkan air Zam-Zam kepada Zakiah, tapi sebagaimana diketahui umum, kos nya juga agak mahal dan susah didapati.
Sehingga kini, Zakiah sudah boleh berjalan berbanding sebelum ini, namun Zya mencadangkan sebuah kerusi roda amat sesuai untuk memudahkan membawa Zakiah ke hospital untuk rawatan susulan dimasa akan datang.

Dalam mood yang agak ceria semasa berbual dengan kami seperti sudah lama kenal antara satu sama lain, Saudari Zya ada memaklumkan, beliau akan melepaskan rumah sewanya untuk mengurangkan kos, disamping itu, kereta kepunyaan Saudari Zakiah sudah tiga bulan tidak berbayar ansurannya, belum lagi difikirkan bagaimana untuk membayar sedikit lagi baki hutang perniagaan yang telah gagal dibayar sejak sekian lama… menambahkan lagi kusut pasangan sahabat ini. Mereka memberitahu ada memikirkan untuk jual saja kereta ini tetapi itulah satu2 nya kenderaan milik Zakiah digunakan kesana kemari oleh Zya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Setakat ini, Saudari Zakiah tidak menerima bantuan dari mana2 agensi seperti JKM, Baitulmal ayau bandan2 zakat.

Itulah serba sedikit yang dapat saya tuliskan berkenaan dua sahabat ini sebagai memenuhi tanggungjawab membantu sesama insan dan dengan itu saya merayu dan memohon kepada seluruh ahli2 WargaKilang, kaum keluarga dan sahabat handai, supaya dapat

menghulurkan bantuan kewangan terus ke akaun Bank Islam Zakiah bt Muhammad Saleh, 14195020069824

demi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Saudari Zakiah dan Saudari Zya ini.

Kepada yang ingin membantu menaja keperluan utama seperti dibawah :

1. Stok peralatan rawatan CAPD,
2. Diet nutrisi khusus (Nepro dan Myoteins, seperti tertera dalam gambar diatas),
3. Kerusi roda,
4. Air Zam-Zam
5. Dan lain lain keperluan

boleh lah menghubungi Saudari Zya (019-3898200 atau (019-364 2189 untuk SMS atau Whatsapp shj)) atau menghubungi Che Jaafar (010-4030401) untuk keterangan lanjut.

Marilah sama2 mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan kita semua (urusan dunia dan urusan akhirat) terutamanya untuk Saudari Zakiah dan Saudari Zya. Hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas segala jasa baik tuan2 dan puan2 membantu mereka yang memerlukan, semoga ada kebaikannya dari tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Jazakallah.

Nota:
Dari emel Saudari Zya kepada saya selepas pulang dari rumah beliau:

As salam.
Kami mngucapkn jutaan terima kasih buat team WK iaitu che jaafar sekeluarga krn sudi mlawat n mhulurkan sumbangan kpd k za
Ni adalah sebahagian gmbr2 yg sy attachedkn sptmna yg kita bualkn td..
Kami amat terharu dan bersyukur krn wpun tanpa saudara mara n sendirian masih ad jua insan lain yg Allah utuskan tuk melihat k za.
Terima kasih juga buat k intan n en azman krn tlh sudi memanjangkan berita mngenai derita yg k za harungi ini.
Sy hny sempat emailkn gmbr dlu mlm ni sb yg lain2 x sempat nk go details lg.. Inshaallah sy akan fowardkn bila selesai ya.
Terima kasih. Wsalam..
Ikhlas dr zia.

UPDATE 13/02/2013
SAUDARI ZAKIAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 13/02/2013.
ALFATIHAH.. SEMOGA ROH BELIAU DITEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN.

This entry was posted in Derma, Selangor/WP and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply