Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) Warga Kilang 2012: Selama dan Batu Kurau

Setiap hujung tahun adalah waktu yang amat dinanti2 oleh banyak syarikat2 perniagaan barangan berkaitan sekolah kerana kebanyakan ibubapa akan berbelanja agak besar untuk persediaan anak2 mereka kesekolah tahun hadapan.

Maka berbagai bentuk kempen jualan murah kembali kesekolah akan diadakan oleh pihak2 yang berkepentingan secara besar2an demi menggamit perhatian ibubapa yang saban tahun kian bertambah dengan anak2 yang akan memulakan persekolahan buat pertama kali atau untuk anak2 yang akan menyambung persekolahan ditahun baru.

Beruntunglah untuk anak2 yang ibubapa mereka mampu menyediakan yang terbaik untuk anak2 mereka.. baik dari segi belanja sekolah, pakaian dan kelengkapan sekolah lain seperti beg sekolah, alat tulis dan lain2.

Masing2 akan berbangga dengan kelengkapan pelbagai fesyen dan jenama yang hebat2… sehingga kos menyediakan peralatan2 seperti ini boleh mencecah hingga ratusan ringgit untuk setiap anak bergantung kepada umur pelajar dan di tahap berapa mereka belajar.

Tapi bagaimana pula dengan segelintir anak2 yang kurang bernasib baik?


Contohnya 3 orang anak2 Kak Aya dari daerah Selama di utara Perak ini, sebuah keluarga yang tinggal serba kekurangan dirumah kayu yang tidak kelihatan seperti rumah.


Atau pun 6 orang anak2 En Dahalan (tidak kelihatan dalam gambar) yang keluarga mereka tinggal dalam sebuah rumah berukuran 15kaki x 15kaki seperti yang tertera dalam gambar diatas?


Bagaimana pula dengan nasib 6 orang anak-anak YATIM PIATU yang kehilangan ayah dan ibu dalam satu kemalangan jalan raya tak lama dulu. Mereka kini tinggal menetap di rumah Nenek mereka ini bersama bapa saudara mereka yang hanya bekerja sebagai seorang JAGA.


Dimana pula dengan keluarga En Faizal yang menghuni rumah yang agak sempit ini bersama isteri dan 4 orang anak-anaknya.

Dimanakah agaknya mereka2 yang tersebut diatas akan pergi membeli belah sempena jualan kembali kesekolah 2012 ini? Jenama apakah pakaian, kasut dan beg2 sekolah mereka nanti?

Jawapannya… kemungkinan besar ramai diantara keluarga dan anak2 ini tidaklah bernasib baik seperti kita dan anak2 kita yang saban tahun bertukar fesyen dan jenama setiap kali memulakan tahun baru persekolahan.

Menyedari betapa beban ibubapa dan penjaga2 anak2 ini disetiap tahun memikirkan macamana hendak menyediakan peralatan sekolah anak2 dan tanggungan mereka, NGO WargaKilang setiap tahun akan mengadakan siri Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) yang modus operandinya tidak lah jauh berbeza degan Jalan Jalan Masuk kampung (JJMK). Cumanya, didalam tradisi JJMS ini, pihak NGO WargaKilang akan lebih menekankan untuk membantu keluarga2 ini untuk menghadapi musim persekolahan yang bakal tiba setiap awal tahun hadapan disamping menyampaikan apa2 yang patut seperti barangan2 makanan keperluan harian seperti kebiasaan dalam JJMK yang lalu.

Untuk JJMS 2012 kali ini, kami akan menyusuri beberapa kampung di utara Perak khususnya kawasan Selama dan Batu Kurau. Lebih kurang 25 keluarga telah dikenalpasti dengan jumlah kanak-kanak sekolah yang perlukan bantuan hampir sekitar 150 orang pelajar2 sekolah rendah dan menengah.

Marilah kita sama2 membantu keluarga2 ini dengan memberi sedikit semangat baru kepada mereka dan anak2 mereka. Pergilah membeli belah dimana2 shopping center kegemaran tuan2 dan puan2 bersama anak2 tersayang, tapi membeli belah kali ini, jangan lupa untuk masukkan sedikit budget untuk membantu keperluan anak2 kurang bernasib baik ini dan sumbangkan melalui kami di NGO WargaKilang untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Lebih elok dan digalakkan kalau tuan2 dan puan2 sekeluarga dapat menyertai misi JJMS kami di Selama dan Batu Kurau, mudahan2 dengan melihat sendiri kepayahan keluarga2 dan anak2 ini, akan menzahirkan rasa insaf dan rasa kesyukuran kepada Illahi yang telah memberikan rezeki yang lebih baik kepada kita, disamping kita dapat menggembirakan keluarga2 dan anak2 ini dengan kehadiran kita dirumah mereka menyampaikan bantuan.

Tentative program adalah seperti berikut
Program : Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) Selama Batu Kurau
Tarikh : 16hb Dec 2012
Masa : 7.30 pagi – 5.30 ptg
Lokasi berkumpul : KHTP(Kulim Hi-Tech Park ) Business Center
Dateline : 12-12-2012
Coordinator : Monier/Aznee

Sumbangan Yg diperlukan :
1) Bantuan persekolahan untuk 150 orang pelajar
a) Sek Menengah (70 orang) : Bag Sekolah, Kamus, Saintifik Kalkulator, alat tulis dll yg berkaitan
b) Sek Rendah (80 orang) : Bag Sekolah, Pensil warna, Kamus bergambar, alatulis dll yg berkaitan
( Nota: Beg sekolah standard , tidak ada gambar kartun dan sebagainya)

Sumbangan boleh diberikan mengikut wilayah seperti dibawah:

KL/Selangor
– Jaafar – 010 4030401
– Burhan – 013 3412057
– Shahrul – 012 6315244

Bayan Lepas/Penang
– Shukri – 019 540 7859
– Wahab – 019 4740759
– Sattar – 019 4766155

Seberang Perai
– Fendi -012 4097268
– Zairi – 012 4071785

Perak Utara/UUM – Lukman- 019-5582626
Sungai Petani – Aznee – 012 4323305
Padang Serai/KHTP – Monier – 012 4128209
Kulim/Lunas – Zaidi – 019 5598822
Kepala Batas – Din – 019 4571447
Seluruh Malaysia – Shukri – 019-5407859

Baca : JJMS Wargakilang: Selama dan Batu Kurau, PERAK Nukilan Monier Mohd Din
Semoga mendapat rahmat Allah yang sewajarnya diatas sumbangan tuan2 dan puan2.

Jazakallah

Posted in JJMS, Perak | Tagged , | 1 Comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Pasir Putih Part 4

Destinasi kedua terakhir kami di Pasir Putih ialah dirumah Abang Mat Piah dimana kami mengumpulkan beberapa keluarga penerima sumbangan untuk pengagihan secara berkelompok dirumah Abang Mat Piah.

Antara keluarga2 yang menerima sumbangan dari NGO WargaKilang disini ialah:

1. Puan Sabariah berusia 49 tahun, seorang ibu tunggal yang gigih mengusahakan tanaman padi demi memenuhi tanggungjawab membesarkan anak2 setelah kematian suami awal tahun 2012.

image

Keluarga ini kini berlindung dirumah tinggalan suami/ayah yang dibina hasil dari keringat mengerjakan sawah padi bersama suami isteri. Namun begitu, sebulan sebelum rumah boleh diduduki, suami Pn Sabariah terlebih dulu dijemput Allah SWT untuk kembali ke rahmatullah. Maka bermulalah kehidupan 9 beranak ini tanpa ayah/suami.

image

Anak-anak Pn Sabariah 8 orang semuanya dimana 7 daripadanya perempuan dan 1 lelaki yang bongsu.
Anak sulong yang sudah berkahwin dulunya tinggal bersama suami di KL kini pulang kekampung untuk menemani Pn Sabariah dan adik2

Menariknya, anak ke 2 yang baru saja tamat pengajian di UIA dalam bidang TASL (Teaching Arab As Second Language) berjaya menamatkan pengajian dalam 3 tahun (lazimnya kursus 4 tahun) dengan mengambil ‘extra credit hours’ pada setiap cuti semester disamping sibuk bekerja sambilan untuk menampung belanja menimba ilmu demi mengurangkan beban keluarga.

(Nota: Semasa cerita ini ditulis, anak Pn Sabariah ini masih belum mendapat kerja jadi kalau ada sesiapa dari pembaca WargaKilang yang dapat membantu mencari kerja sebagai Guru Bahasa Arab untuk anak Pn Sabariah, diharap dapat Hubungi kami secepat mungkin.)

Dua anak2 perempuan yang lain masing2 masih menuntut di maktab dan Kolej Insaniah, manakala 3 anak perempuan lain masih bersekolah di Ting 1, Ting 4, dan Tahun 3. Anak bongsu yang lelaki berusia 5 tahun masih di sekolah tadika.

2. Mohd Rafi yang berumur 45 tahun hanya bekerja kampung sebagai buruh binaan dgn gaji yang tak seberapa. Isteri Mohd Rafi seorang surirumah sepenuh masa menjaga 5 anak-anak hasil dari perkongsian hidup mereka.

image

Tidak menerima apa bantuan dari mana jabatan kerajaan, Mohd Rafi dan keluarga tinggal dirumah ibu/ayah mertua yang sudah agak uzur.

image

Dibawah ini, kelihatan motor2 ‘antik’ yang ada dalam ‘koleksi’ Mohd Rafi… semuanya tak ada cukai jalan sekadar digunakan disekitar kampung untuk kesana kemari. Tapi tak semua boleh digunakan, kerana rosak.

image

3. Abang Mat Piah sebenarnya adalah contact person (proxy) WargaKilang di kawasan ini. Beliau lah yang membantu kami mengenal pasti keluarga2 yang memerlukan di kampung ini. Namun beliau sendiri pun, tidak kurang juga berada dalam serba kekurangan.

image

Bekerja sebagai seorang tukang masak secara solo di Maahad Tahfiz Al-Aitam yang dibina khusus untuk anak2 yatim di Padang Pak Amat Pasir Puteh dengan gaji bulanan yang amat minima.

image
(Antara penerima sumbangan yang berkumpul di rumah Abg Mat untuk pengagihan berkelompok)

Abang Mat sangat suka membantu anak2 yatim, pantang dengar ada anak yatim yang terbiar, dia akan pergi tengok dan kalau perlu, uruskan untuk kemasukan ke Maahad Al-Aitam.

Rumahnya agak istimewa, batu diluar (rumah baru), kayu di dalam (rumah lama). Rumah lamanya itu hanya akan dirobohkan apabila bahagian rumah batu siap semuanya… tapi entah bila akan siap keran dibuat sedikit demi sedikit mengikut budget yang amat terhad.

Walaupun serba kekurangan dari segi harta, Abang Mat tiada yang kurang dari segi melayan tetamu. Sewaktu kami pergi riki dirumah beliau, kami sempat dijamu dengan nasi kerabu masakan Abg Mat sendiri. Di hari JJMK Kelantan pula, Abang Mat bersusah payah menyediakan sedikit makanan dan minuman untuk penerima2 sumbangan yang berkumpul dirumahnya dan juga peserta2 JJMK Kelantan.

image
(Nasi kerabu dan lauk2 kampung masakan Abg Mat Piah yg jadi santapan kami masa riki dulu.)

Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup Abg Mat Piaah dan sekeluarga, diberi kesihatan untuk menguruskan Maahad Al-Aitam dan dimurahkan rezeki dimasa akan datang. Amiin.

Posted in JJMK, Kelantan | Tagged | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Bachok Part 5

Di Kg Gunung dalam Daerah Bachok, kami dipertemukan dengan En Maidin, seorang pemandu teksi berusia 50 tahun. Isterinya pula seorang surirumah sepenuh masa, kadang2 mengambil upah menjaga sebuah kedai runcit milik saudara.

image

Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak yang mana anak sulung mereka bekerja di ‘car wash’, 4 orang masih bersekolah, dan manakala yang bongsu masih kecil.

Untuk makluman, anak2 En.Maidin ni pandai2 dengan bantuan home tuition dari En. Maidin sendiri yang berkemahiran dalam mengajar teknik2 alternatif khususnya dalam matapelajaran matematik.

Walaupun pernah dapat bantuan dari majlis agama, keluarga En Maidin kini tidak lagi menerima apa2 bantuan dari pihak berwajib.

image

Dirumah En Maidin ini adalah antara tempat paling seronok bagi kami di JJMK Kelantan ini, kerana dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dapat merasa rambutan yang sedang meranum dihalaman rumah yang jelas rapi terjaga dan bersih.

image

Dekat2 nak balik, satu dahan dikerat oleh En Maidin untuk kami menikmatinya, walaupun sudah banyak yang diambil terus dari pokok yang rendah. Terima Kasih En Maidin dan keluarga, semoga Allah mempermudahkan semua urusan, murah rezeki dan panjang umur.

Posted in JJMK, Kelantan | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan Di Daerah Bachok Part 4

Diseberang jalan berdekatan dengan pusat pengagihan berkelompok di Kg Tepus, kami menziarahi rumah Mok Nab, seorang warga emas hidup terbiar sebatang kara di sebuah rumah usang, menumpang di tanah orang.

image

image

Inilah ‘mahligai’ Mok Nab…tempat beliau menghabiskan usia tua bersendirian.

image

image

Yang menariknya, sudah dua kali saya menziarahi ibu tua ini dan pada kedua dua kalinya Mok Nab baru saja ingin menunaikan solat semasa kami tiba dirumahnya. Kepayahan dan kemiskinan ternyata tidak menghindari diri dari menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

Posted in JJMK, Kelantan, Warga Emas | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Sering Part 4

Di Kg Senang berdekatan dengan Kg Tok Jembal, kami menyusuri rumah Che Nab dan Che Jah, dua bersaudara, seorang cacat pengelihatan dari lahir manakala seorang lagi 90% cacat pengelihatan.

image

Tinggal berdua di sebuah rumah usang yang sedang mereput dimakan anai2, kedua dua insan istimewa ini bergantung hidup dari wang bantuan kebajikan setiap bulan. Sekarang mereka terpaksa lebih berhati2 kerana baru2 ini, rumah mereka pernah dimasuki pencuri yang mengambil kesempatan mencuri wang bantuan yang disimpan untuk belanja harian.

Posted in JJMK, Kelantan | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan Di Daerah Bachok Part 3

Meneruskan perjalanan kami sempena JJMK Kelantan disekitar daerah Bachok, destinasi kami seterusnya ialah di Kg Tepus. Disini kami mengumpulkan beberapa keluarga yang kurang bernasib baik yang telah dikenal pasti di salah sebuah rumah seorang rakan WargaKilang yang berdekatan dengan Mesjid Kg. Tepus untuk melakukan pengagihan sumbangan secara berkelompok disebabkan jalan memasuki kerumah2 mereka agak sempit dan menyukarkan pergerakan konvoi JJMK.

image

image

Antara penerima2 sumbangan terdiri dari :

1. En Abdullah berumur 53 tahun seorang OKU yang mengalami kecacatan sejak kecil. Asalnya beliau dilahirkan normal dan kekal normal untuk 2 tahun pertama sehinggalah berlaku kemalangan terjatuh dari dukungan yang menyebabkan kecacatan kekal hingga kini, terpaksa bertongkat untuk bergerak ke sana ke mari. Isterinya juga seorang OKU yang cacat penglihatan. Mereka mempunyai 2 anak perempuan masih belajar berumur 12 dan 16 tahun yang tinggal bersama di sebuah rumah sumbangan program PPRT.

image

2. Keluarga Puan Nor Suhana Ibrahim Ooi, seorang ibu tunggal 4 anak yang kisah kehidupannya yang tinggal di belakang sebuah bangsal memproses ayam pernah di siarkan dalam sebuah akhbar perdana.

image

image

Demi memikirkan kesihatan anak2 yang sering batuk2 dan demam, mungkin akibat dari tahap kebersihan di belakang tempat memproses ayam yang menjadi ‘rumah’nya sejak setahun yang lalu, Puan Suhana telah memberanikan diri menyewa sebuah rumah kampung di Aril (berhampiran Pauh Lima) dengan kadar sewaan RM200 sebulan.

image

Dengan bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM300, Puan Suhana terpaksa bekerja sebagai pembantu, menjual ayam proses di tempat dia ‘menginap’ dulu dengan pendapatan harian antara RM5-RM10 bergantung kepada bilangan jam bekerja.

image

3. Mokku Tok dan Mat Jali Seorang warga emas dan seorang anak OKU (mental), hidup dengan bantuan JKM dan ihsan jiran sebelah rumah yang menjaga makan pakai dan tempat tinggal.

image

Kedua ibu dan anak istimewa ini tidak mampu mengurus diri sendiri disamping itu ada masalah pendengaran & komunikasi. Jiran yg menjaga mereka bernama Kak Rokiah juga seorang ibu tunggal yang punca pendapatannya hanya dengan menjual nasi lemak waktu pagi dibantu seorang anak perempuan.

image

Posted in JJMK, Kelantan | Tagged | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Pasir Putih Part 3

Hanya beberapa meter dari rumah Abang Samad, kami temui keluarga En Shaari (usia 41 tahun) yang tinggal bersama isteri (suri rumah sepenuh masa) dan empat orang anak anak yang masih belajar disekolah menengah dan sekolah rendah.

image

Keluarga ini hanya bergantung kepada pendapatan dari usaha dan kudrat En Shaari yang sekadar bekerja kampung sebagai buruh binaan dengan gaji yang tidak menentu, kesana kemari menaiki motor burok yang tidak siapa menyangka masih boleh digunakan.

image

Rumah keluarga Shaari ini juga tidak kurang daifnya, tidak mempunyai bilik air dimana ruangan dapur itulah tempat memasak dan mandi sedangkan tandas usang yang berada diluar rumah pula dikongsi bersama jiran lain.

image

image

Posted in JJMK, Kelantan | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Pasir Putih Part 2

Kebanyakan cerita2 kemiskinan yang kami bawakan sebelum ini selalunya berkisar disekitar kepayahan seorang ibu namun di Kg Bukit Abal ini, kami temui seorang ayah berumur 60 tahun yang lebih dikenali sebagai Pak Samad yang telah ditingggal isteri yang menghilangkan diri entah kemana sejak 3 tahun lalu.

image

Dulunya Pak Samad bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan untuk menyara keluarga, namun beliau ditakdirkan mengalamni kecederaan patah tulang bahu, jadi beliau sekarang sudah tidak mampu bekerja lagi.

Anak sulungnya kini bekerja sebagai operator kilang di Kuala Lumpur yang membantu menyara keluarga dikampung.

Lima orang lagi anak perempuan Pak Samad masing2 berumur 22, 20, 18, 10 & 9, namun begitu 2 anak yang berusia paling muda tidak lagi bersekolah kerana kekangan kewangan dialami oleh Pak Samad.

Anak kedua pernah diculik orang tapi sempat ditemui polis, satu kejadian yang amat meninggalkan kesan dan trauma kepada mereka sekeluarga sehingga kini.

Baru2 ini rumah Pak Samad juga mengalami kerosakan atap dipukul ribut akibat musim tengkujuh.

image

Posted in JJMK, Kelantan | Tagged , | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update: Pengagihan Bantuan di Daerah Pasir Putih Part 1

Konvoi JJMK Kelantan meneruskan perjalanan ke Daerah Pasir Putih dim7ana destinasi kami seterusnya, sebuah rumah kepunyaan Pn Rosmayati dan suami En Abbullah, dimana perjalanan hidup beliau sekeluarga penuh ranjau dan duri.

image

Seorang surirumah sepenuh masa, Pn Rosmayati juga menjaga ibunya yang mengalami sakit jantung dan sakit tua, juga ayahnya yang sakit disebabkan saluran kencing berfungsi secara tidak normal, perlu ditebuk di bahagian perut.

Seperti kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, beliau juga di beri satu lagi ujian oleh Allah dimana seorang adik beliau berumur 25 tahun yang mengikuti kursus PLKN kini lumpuh separuh badan. Adik yang bernama Nurul itu dulunya menjalani kehidupan seorang normal ketika mula mendaftar, tetapi lumpuh semasa dalam kem (tidak pasti sebab mengapa beliau lumpuh), di hantar balik ke rumah dan terlantar sejak sejak 7 tahun yang lalu.

image

Suami Puan Rosmayati hanya bekerja mengambil upah membuat bata dengan gaji yang bukan saja tidak seberapa malah kadang kala tidak menentu.

Anak2 keluarga ini 6 orang semuanya (yang sulung Tingkatan 3) semuanya masih bersekolah kecuali 2 orang yang masih kecil berumur 5 dan 6 tahun.

Pn Rosmayati ada 4 orang adik beradik, 2 sudah berkahwin, ada juga yang membantu sekadar mampu, walhal mereka juga dari keluarga kurang berada sekadar bekerja kampung manakala 2 lagi masih bersekolah.

image

Hasil usaha kawan2 WargaKilang, Alhamdulillah kami berjaya mencari sponsor untuk sebuah kerusi roda untuk kegunaan Nurul dan sebuah ‘air mattress’ untuk kegunaan ayah beliau.

image

Pn Rosmayati melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli2 WargaKilang diatas segala sumbangan.

Posted in JJMK, Kelantan | Tagged , | Leave a comment

JJMK Kelantan Live Update : Berehat, Solat dan Makan Tengahari di Mesjid Kg. Tepus

Gambar2 semasa berhenti rehat, solat dan menikmati makan tengahari di Mesjid Kg Tepus.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Posted in Announcement | Leave a comment