Program Sumbangan Basikal Anjuran Bersama ANSARA (Kulim) Dan NGO WargaKilang 25hb Mei 2013

Persatuan Bekas Pelajar-pelajar MRSM Kulim (AnsaraKu) sekali lagi akan berganding bahu bersama NGO WargaKilang, kali ini bagi tujuan menjalankan program anjuran bersama untuk mengagihkan sumbangan basikal kepada pelajar-pelajar miskin di Daerah Kulim / Baling dan sekitarnya.

Semua ahli2 WargaKilang yang berkelapangan dijemput untuk menyertai program ini.
Perancangannya ialah sebelum solat Jumaat berkumpul pada jam 11.00 pagi – 12.00 tengahari di kedai Borong Basikal, Kelang Lama Kulim untuk ‘loading’.

Selepas solat Jumaat, berlepas jam 3:00 petang pada hari yg sama untuk penghantaran basikal ke kampung2 di Mahang, Baling, Sik dan Kuala Muda.

Terima kasih di atas bantuan semua.

Sila hubungi Monier (012-4128209)untuk keterangan lanjut.

Gambar basikal sekadar hiasan...

Gambar basikal sekadar hiasan…

Teks berikut adalah dipetik dari FB ANSARA Kulim untuk pengetahuan semua yang berminat:

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan besar hatinya saya ingin memaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar-pelajar MRSM Kulim (AnsaraKu) dengan kerjasama Wargakilang (NGO Amal yang di terajui oleh seorang bekas pelajar MRSM Kulim dan rakan-rakan beliau) akan menyumbang beberapa buah basikal kepada pelajar-pelajar miskin di sekitar daerah Kulim / Baling dan sekitarnya.

Untuk lebih mengenali aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO Amal Wargakilang demi membantu keluarga-keluarga miskin di seluruh Malaysia, diharapkan saudara / saudari dapat meluangkan sedikit masa melawat website http://www.wargakilang.com/ atau http://www.moniermatdin.blogspot.com/.

AnsaraKu dan Wargakilang akan mengedarkan kutipan sumbangan basikal secara terus kepada pelajar-pelajar miskin di sekitar daerah Kulim / Baling seperti berikut.

Tarikh : 25 Mei 2013
Hari : Sabtu
Jam : 730 pagi
Tempat Berkumpul : Kolej Mara Kulim (dahulunya MRSM Kulim)
Peta :
https://maps.google.com.my/maps?q=Kolej+Mara+Kulim&hl=en&cid=4722453519249646957&gl=MY&t=m&z=17

Sekiranya ada kelapangan, saudara-saudari bersama keluarga / anak-anak di jemput untuk mengikuti rombongon jelajah kampung-kampung ini sambil melihat sendiri kemiskinan mereka. Memandangkan tarikh yang terpilih adalah hari hujung minggu dan juga cuti sekolah, apa salahnya saudara-saudari merancang cuti keluarga ke wilayah utara dan sambil itu meluangkan sehari mengikuti jelajah AnsaraKu / Wargakilang ini. Bermula dari Kolej Mara Kulim, rombongon ini akan menjelajah beberapa kampung di daerah Kulim dan Baling.

Adalah dicadangkan, setelah majlis sumbangan selesai, semasa perjalanan pulang, melalui kawasan Mahang, di sempadan daerah Baling / Kulim, kita akan singgah makan tengahari sambil bersantai bersama rakan dan anak keluarga di Air Terjun Lata Lipur Bukit Hijau. Program ini juga bertujuan agar warga AnsaraKu dapat beriadah bersama-sama kerana ramai yang sudah terputus hubungan. Semasa Program Serahan Beras tahun lepas, kerana semuanya amat sibuk dan keletihan menanggung beras, maka tiada masa untuk berbual bertanya khabar.

Peta lokasi kawasan peranginan adalah seperti berikut.
5.501172, 100.771869 ie coordinates +5° 30′ 4.22″, +100° 46′ 18.73”.

Secara ringkasnya program kita pada hari Sabtu 25 Mei 2013 adalah seperti berikut

0730 pagi : Berkumpul di tapak letak kereta KMK Kulim (Sarapan dan minum pagi di sediakan)
0800 pagi : Doa selamat dan taklimat ringkas perjalanan dan keselamatan jalan raya / air terjun
0830 pagi : Bertolak keluar dari KMK Kulim ke Daerah Baling
1000 pagi : Tiba di kampung penyerahan di Daerah Baling.
1015 pagi : Majlis penyerahan basikal kepada pelajar-pelajar miskin di Baling
1100 pagi : Bertolak dari Baling menuju ke Mahang
1145 pagi : Tiba di kampung penyerahan di Mahang
1200 tgh : Majlis penyerahan basikal kepada pelajar-pelajar miskin di Mahang
1245 tgh : Bertolak dari Mahang ke Air Terjun Lata Lipur Bukit Hijau
0115 tgh : Tiba di Air Terjun Lata Lipur Bukit Hijau. (Makanan tengahari dan minuman di sediakan)
0400 ptg : Majlis selesai.

Sukacitanya ingin saya maklumkan bahawa setakat hari ini, kutipan sumbangan telah melebihi RM20,000, cukup untuk kita membeli sebanyak 80 buah basikal (jangkaan RM250 sebiji, termasuk kunci, pam tayar dan lampu).

Namun sekiranya pihak tuan/puan masih ingin menyalurkan sumbangan, sila salurkan sumbangan saudara-saudari ke akaun di bawah ini dan maklumkan sumbangan anda kepada Anuar Bin Ali melalui e-mail ( anuarbinali@gmail.com ) atau SMS (+60193897289)

Bank : Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun : 564016401635
Nama Akaun : Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL

Saya juga berharap akan saudara-saudari dapat memanjangkan e-mail ini kepada e-group / FB page batch masing-masing dan juga kepada kaum keluarga, rakan-rakan sepejabat, jiran-jiran, teman-teman di masjid/surau dan sesiapa sahaja yang mungkin sudi membantu.

Sekian, Terima kasih.

Anuar Bin Omar
Pemangku Presiden Ansara Kulim
anuarbinomar@gmail.com / +60133833300

dan juga

Anuar Bin Ali
anuarbinali@gmail.com / +60193897289

This entry was posted in Announcement and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply