Welcome to WargaKilang

Selamat datang ke website Pertubuhan Amal Wargakilang (Muslim) Malaysia atau pun lebih dikenali sebagai NGO Wargakilang, iaitu sebuah Pertubuhan berdaftar yang sah diregister di bawah ROS pada tarikh 2 Mac 2005.

Sdra Warikh
(Saudara Mohd Warikh, selaku YDP Wargakilang sessi 2004/2005 sedang menerima Sijil Pendaftaran daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang pada tarikh 10 April 2005)

Sdra Warikh selaku pengasas dan juga pencetus idea kepada penubuhan NGO ini berkelulusan dalam bidang Engineering dari UK, pernah menjawat jawatan sebagai Engineer dan seterusnya Engineering Manager di beberapa buah syarikat MNC Antarabangsa di Malaysia dan pernah menjadi Expatriate di kilang Read Rite Bangkok Thailand. Kini seorang ahli Perniagaan yang berjaya.

NGO Wargakilang bertujuan untuk menjadi medan kepada rakan-rakan di sektor industri dan sesiapa saja yg berminat untuk menggembeling tenaga bagi melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada masyarakat, dalam apa yang kami takrifkan sebagai “A Payback to Society”.

Sejak penubuhannya pada tahun 2005 hinggalah kini, banyaklah sudah aktiviti-aktiviti kebajikan yang sudah berjaya dilaksanakan, dan makin ramai yang sudah mengenali dan bersama-sama dengan kami dalam kerja-kerja amal JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) ini. Untuk itu, bagi pihak rakan-rakan di Wargakilang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama kalian selama ini.

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan mampu merealisasikan cita-cita semua untuk melihat wujudnya di antara kita jiwa murni masyarakat yang saling menyayangi, dan moga juga di Akhirat nanti kita semua akan dapat merasai nikmat pahala yang kekal abadi seperti yang dijanji.

Terima Kasih.

Mohd Monier Mat Din
moniermatdin@yahoo.com
Yang Dipertua NGO WARGAKILANG MUSLIM MALAYSIA (PENAJA).

This entry was posted in Announcement. Bookmark the permalink.

Leave a Reply